Tunggu punya tunggu sekali terbaca satu berita yang gila babi punya bangang la juga.
Tengok ;
KKM dan JAKIM bercelaru sekarang neh.
Tak habis2 cakap umat Islam perlu percaya pada laporan JAKIM. Tak habis2 cakap Cads takde babi. Itu semua orang dah tahu la. Apsal ko asyik ulang percakapan yang sama untuk 3,4 hari neh?
Sekarang neh ko yang perlu faham dan terbuka.
Ini adalah hak masing2 untuk boikot ataupun sebaliknya. Ko jangan la lebih2 pula dalam nak menentukan tindakan umat islam. Okey fine, Cads takde babi. So? Orang yang nak boikot tue biar p la depa nak boikot. Ko nak makan, ko makan aje la'. Habis citer. Dah macam jurucakap Cads dah aku tengok si JAKIM neh. Lebih sudu dari kuah. Dia pula yang buat roadshow pasal CADS siap nak buat demo live lagi makan coklat. Kelakar gile.
KAH KAH KAH
Pandangan aku tentang Cads kat sini. Malas aku nak ulang2 lagi.
Yang penting sekarang neh aku focus bab JAKIM aje.
Apsal KKM nak siasat individu yang bocor maklumat? Aku rasa rakyat Malaysia perlu siasat JAKIM dan KKM lagi ada. Nak tahu kenapa?
Laporan pasal Cads ada DNA babi tue ialah bertarikh 27 Feb 2014 tau.
Daripada 27 Feb sampaila kepada 22 Mei apa yang si JAKIM dan KKM buat dengan laporan tersebut?
Bukannya hari neh ehhhh ceklat ada babi youuu esok dia bocorkan. Tapi hari neh ada dna babi selepas beberapa bulan barula laporan bocor. Itupun. Orang was2 lagi tau. Sebab Cads neh jenama popular. Dalam laporan awal tunjukkan CABBURY. Ejaan lain. Jadi orang tak mudah melulu main percaya. Depa tanya dulu.
Yang sahkan ianya adalah Cadbury ialah KKM.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui sidang media mereka yang diterbitkan di facebook.
Jadi, KKM. Korang siasatlah KKM okay.
Aku nak tepuk tangan neh.
Kbai.
Laporan ini telah dibetulkan pada 3/6 jam 7 malam.