Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 Jun 2014

Misi Menjejaki #MH370 Diserahkan Kepada Pihak Ketiga (Private).

Dah ramai melupakan insiden #MH370. Life goes on orang kata. Memang betul pun begitu. Dan setelah usaha mencari MH370 menemui kegagalan tanpa sebarang harapan baru nampaknya misi pencariannya akan diteruskan oleh syarikat persendirian yang akan dilantik menerusi tender.



Laporan oleh WSJ = The Wall Street Journal mengatakan ;

1. Satu tender mengenai pencarian MH370 akan dibuka kepada kontraktor awam.

2. Syarikat yang terpilih akan mengetuai ataupun mengordinasi kawasan pencarian yang luasnya sehingga 60,000 kilometer persegi, kawasan yang disyaki hilangnya MH370.

3. Syarikat yang terpilih dipertanggungjawab untuk membawa semula kapal yang hilang, anak2 kapal dan semua perkara yang berkaitan dengan MH370 dengan menggunakan kelengkapannya sendiri. Maksudnya dia kena sediakan kapal, teknologi dan kakitangan yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja2 pencarian tersebut.

4. Bagaimana kontraktor2 ini mahu mencari adalah terpulang kepada kepakaran dan teknik masing2. Apa yang dimahukan oleh negara2 yang terlibat dalam misi pencarian MH370 ialah penemuan semula MH370 yang hilang. Itu sahaja.

Berbalik kepada kos.

Siapa yang perlu bayar?

Berapa nilai bayaran yang ditawarkan?

Berapa lama masa yang diberikan kepada syarikat yang terpilih untuk menjejaki MH370?

Adakah limited? Ataupun non limited? Woahh.. duit bukan persoalan utama. Jika ia benar2 mampu membantu untuk menjejaki MH370 aku tak rasa kita perlu berkira bab duit. Apa yang penting kita temui semula kapal itu dan siasat habis2an apa yang telah terjadi ke atas mereka semua. Dan paling penting, jika mereka semua telah tiada, haruslah dikuburkan baik2.. 

Namun. Persoalan utama ialah apakah akan ada pihak2 yang mengambil kesempatan di atas kesengsaraan orang lain?

Malaysia perlu memastikan tender neh telus.

Dan jika boleh biarlah Malaysia terus lead pencarian.

Sekurang2nya duit yang keluar kita boleh kawal. Dan tidak melibatkan campurtangan pihak ketiga.

Apa yang dikhuatiri jika insiden neh dipergunakan oleh sesiapa sahaja untuk masuk campur dalam urusan negara dan memburukkan lagi keadaan ekonomi dan hutang2 negara..

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Rujukan : sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...