Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Jun 2014

Hot - Saya Sebenarnya Dilahirkan Sebagai Seorang Muslim - Penjelasan Oleh Bapa Zarina !!!!


Apa yang sudah berlaku? 

Jika aduan benar2 telah dibuat pada tahun 1996 dan jabatan agama tak proses aduan tersebut sepertimana yang sepatutnya jelas la ini kelemahan penguatkuasaan undang2 di negara neh. Kelemahan agensi agama yang menyebabkan bapa Zarina terpinggir dari melaksanakan haknya sebagai bapa kepada anak2nya kat negara neh. Kes neh bertambah mengelirukan.

Kenapa?

1. JAIS tatau fakta kes. Kalau JAIS tahu fakta kes kenapa tak diberitahu kepada media bahawa mereka tahu yang bapa Zarina adalah seseorang yang dilahirkan muslim (muslim keturunan)?

2. Bila JAIS tatau fakta kes neh bermaksud JAIS dari awal lagi tak pernah menyiasat samada aduan Zarina bahawa dia dipaksa masuk ke Islam adalah palsu ataupun sebaliknya.

============

Tamat satu persoalan.

Persoalan kedua. Kenapa bapa Zarina lambat masuk dalam kisah neh untuk pencerahan kepada orang ramai? 

Point bapa Zarina.

1. Dia muslim sejak lahir. Difitnah sebagai seseorang yang menganuti hindu padahal dia bukan hindu dan tak pernah jadi hindu. Dia berkahwin dengan isterinya yang juga dah memeluk agama Islam sejak berkahwin dengan dia (isterinya mualaf, dia bukan mualaf).

2. Di Malaysia ramai juga yang tak berapa faham bahawa bangsa tak menentukan apa agama kita. Mungkin dia jadi konflik kat situ disebabkan rupa paras. Ini salah masyarakat juga. Yang suka2 buat penaakulan mengarut.

3. Berbalik kepada penjelasan oleh bapa Zarina tadinya tue, anak2 nya semua dilahirkan sebagai muslim keturunan disebabkan dia sendiri menganuti Islam sejak lahir dan isterinya juga seseorang yang dah menganuti Islam disebabkan berkahwin dengan dia pada tahun 1979.

4. Anak2nya bukan mualaf.

5. Namun campurtangan keluarga mentua membuatkan dia stress. Setiap kali dia pergi kerja, mentuanya akan menghasut isterinya agar kembali ke ajaran asal.

6. Tak payah cakap mentua yang berbeza agama la. Yang seagama pun kadang2 memang bangang juga perangai mentua masing2. Yang dok bekap anak lebih2 sampai tak sedar perangai anak sendiri macam HARAM. Balik2 menantu aje yang salah. Haha.

7. Disebabkan itu dia menjadi tension. Dan banyak kali bergaduh la juga bagi mempertahankan agama dia dan mempertahankan akidah anak2 dia.

8. Sehinggala dia kehilangan kerja dan akhirnya menjadi pengangur.

9. Masalah tersebut bertambah seriyus dan lebih memburukkan keadaan apabila dia mula terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

10. Dia dipenjarakan selama beberapa bulan.

11. Sebelum dia bertindak berpisah pada tahun 2000, dia pernah mengadu kat PERKIM pada tahun 1996.

12. Aduannya kepada PERKIM tidak diambil berat.

13. Aduannya adalah mengenai tingkah laku mentua yang cuba menerapkan ajaran hindu kepada anak2nya walaupun dia sedaya upaya mempertahankan akidah anak2nya.

13. Pada tahun 2000 akibat tekanan melampau dia akhirnya keluar meninggalkan keluarga sendiri selepas berlakunya pertengkaran besar antara dia dan keluarga mentua apabila keluarga mentua tidak suka cara dia menegur anak ketiganya yang suka balik lewat malam.

14. Sejak itu dia tak balik2 rumah lagi.

=====================


Dengan menganggap apa yang dia cakapkan ini adalah benar maka aku simpulkan ;

1. Dia bukan begitu kuat untuk mempertahankan akidah anak2nya secara solo aka sendirian.

2. Dia tidak mempunyai sokongan dari segi kaunseling, undang2 dan hak bagi memastikan anak2nya tidak disesatkan oleh keluarga mentuanya.

3. Gagal kawal stress membuatkan dia akhirnya meninggalkan masalah yang dia sendiri tak mampu pikul.

4. Part dia tak bagi nafkah dan tinggalkan keluarga macam tue aje aku setuju dia bersalah.

5. Part dia hisap dadah sebagai langkah menghilangkan stress pun aku setuju dia salah dan tindakan ini bagi aku cuba mengalihkan isu dari masyarakat mempersalahkan dia akibat menghisap dadah.

6. Namun part bapa kepada Zarina mengadu pada PERKIM aku rasa tindakan dia betul dan PERKIM salah kerana tak berikan dia nasihat dan bimbing dia macam mana sepatutnya dia buat bagi memastikan akidah anak2nya tidak tergelincir.

7. Part dia tatau nak dapatkan bantuan dan sokongan dari mana itu aku rasa kekhilafan dia. Tapi aku takmo salahkan dia. Sebagai manusia ianya tak aneh untuk kita tatau kat mana nak salurkan masalah yang kita hadapi. Aku pun hadapi benda yang sama bahkan sampai ke hari neh. Aku kadang2 tatau kat agensi mana yang aku patut pergi untuk suarakan masalah2 yang aku hadapi. 

8. Bagi aku jika penjelasan bapa kepada si Zarina tue betul ada beberapa benda kita kena buat.

9. Kaji semula kelemahan undang2 dan penguatkuasaan berkaitan agama kat negara kita.

10. Mualaf, tidak boleh dibiarkan. Bukan satu atau dua kes anak2 dorang tergelincir dari landasan Islam. 

11. Bagi aku apa yang berlaku pada Zarina dah pun berlaku. Kita jadikan kisah neh sebagai iktibar. Dia dah jauh pergi disebabkan cara hidup sejak kecil diasuh dengan ajaran Hindu. Tak ruginya Islam jika kurang penganut macam Zarina. Jika Zarina ada ahti pada Islam takpe pertahankan dia. Tapi dia tak pernah ada ahti pada Islam. Biarkan dia pilih jalan hidup dia.  Biarkan dia pilih agama dan kepercayaan dia pada benda yang dia yakini.

12. Dalam waktu yang sama, kita kena kaji kelemahan2 agensi2 agama kat negara neh.

13. Jangan nafikan kita ada kelemahan2 yang mendorong kepada berlakunya kes2 seperti di atas. Itu dayus namanya. Dah tahu kita ada kelemahan tapi tak nak pula perbaiki. Sebaliknya sibuk tegakkan benang basah sebab taknak bagi orang balon agensi kerajaan. Kelemahan ialah kelemahan. Kita kena akui dan perbaiki la.

Bagi aku, Zarina adalah mangsa keadaan.
Bapa Zarina juga adalah mangsa keadaan.
Ibu Zarina juga adalah mangsa keadaan.
Dan mungkin, keluarga mentua kepada bapa si Zarina juga adalah mangsa keadaan.
Persoalannya, macam mana kita nak hentikan keadaan seperti ini agar tiada sesiapa lagi menjadi mangsa?

Fikir2kan.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...