Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Jun 2014

Naikkan Harga Proton Kata Mahathir.

Apa sudah jadi?


Aku rasa dilantik sebagai pengerusi PROTON mungkin mampu membuatkan PROTON lebih berdaya saing di bawah pimpinan Mahathir. Suka atau suka, Mahathir juga seorang pemikir yang bagus. Dia bukan pemimpin yang meroyan macam Najib. Tetapi di akhir2 usianya nampaknya kebagusan dia sedikit tercalar mungkin disebabkan faktor makan ubat banyak sangat.

Macam tak percaya bila Mahathir sebut ;

1. Kerajaan tak patut turunkan harga Proton sehingga abaikan usaha dalam meningkatkan kualiti kenderaan tempatan.

2. Langkah tersebut menunjukkan yang kerajaan seolah2 tidak pentingkan kualiti dan peningkatan teknologi dalam setiap pembuatan Proton.

3. Pentingnya Proton untuk keluarkan teknologi sendiri.

4. Dengan penciptaan teknologi sendiri kita juga mampu menghasilkan peluang pekerjaan, menjana pertumbuhan ekonomi dan menyumbang kepada pendapatan negara.

5. Sebab itu untuk membuatkan Proton lebih berdaya saing, kerajaan perlu membantu Proton. 

6. Jika kita mahu keluarkan kereta bertaraf dunia, harganya juga haruslah ditingkatkan (naikkan harga).

Nanti dulu.

Apakah harga Proton selama neh murah? Jawapannya tidak. Ia masih mahal dan bertambah mahal disebabkan cukai. Mahathir sepatutnya desak kerajaan kurangkan cukai kenderaan. Lepas tue dengan pengurangan cukai kenderaan Mahathir boleh la mempertimbangkan cadangan untuk naikkan sedikit harga Proton jika ia benar2 dapat membantu meningkatkan kualiti pembuatan Proton dalam negara.

Fikir juga.

Di luar negara. Proton boleh tingkatkan kualiti kereta dengan harga yang lebih rendah (mampu milik) bersesuaian dengan tangga gaji dan berpadanan pula dengan kualiti yang ditawarkan oleh Proton.

Kerana apa?

Kerana kerajaan sana menjaga hak consumerisme rakyatnya.

Bagaimana pula di dalam negara?

Di dalam negara kita, hak sebagai pengguna terabai. Hak syarikat, kapitalisme dijaga dengan elok sebab kerajaan pentingkan duit dan keuntungan yang masuk. Rakyat kena tipu apa ke pergi la mampos. Rakyat beli kereta rosak power windows pun pergi la mampos. Rakyat beli kereta dengan harga yang mahal, tidak berpadanan dengan kualiti pun pergi la mampos. 

Itu di dalam negara.

Cadangan Mahathir mahu tingkatkan harga Proton sebenarnya tidak tepat. Jika ini adalah cadangan untuk inovasikan Proton, ianya bukan cadangan yang tepat bahkan tidak sesuai dengan pelan untuk selamatkan prestasi Proton ketika ini.

Apa yang Mahathir perlu buat ialah jaga QC setiap jenama yang dikeluarkan oleh Proton. Tingkatkan kualiti dan teknologi akan jenama yang sedia wujud neh terlebih dahulu. Biar masyarakat jadi testimoni. Harga kenderaan pun perlu diturunkan dengan penurunan cukai kenderaan. Mahathir patut tahu berapa banyak yang kerajaan untung dengan cukai kenderaan. Sepatutnya Mahathir sedia faham yang rakyat di negara neh hanya mahukan kenderaan yang mana kualiti yang ditawarkan setimpal dengan harga kenderaan. Jika ianya tak berkualiti maka jual dengan harga yang non kualiti. Ini sudahla tak berkualiti jual pula dengan harga yang berkualiti tinggi. Dan apa? Di negara2 lain elok pula kerajaan depa jual murah2 kat rakyat sendiri. Bahkan tak pernah compromise dengan kualiti kenderaan. Di Malaysia?

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...