Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 April 2014

Pengakuan Ahli Red Bean Army Oleh Ameno World.

Ramai orang tatau aku berbayar.

Tapi hakikatnya aku memang berbayar. Bagaimana aku berbayar? Disini aku akan jelaskan serba sedikit bagaimana aku berbayar selama neh. Harap2 dengan pendedahan ini, UTUSAN boleh la masukkan sekali dalam paper mereka. Aku tulis dengan fakta neh. Bukan cincai boncai macam tuduhan kat bawah neh hah.


Kalau statement tak terbukti seperti di atas pun boleh dilaporkan oleh akhbar arus perdana, apatah lagi penulisan aku. Takan tak boleh masuk UTUSAN kot?

MUAHAHAHA..

Bagaimana aku berbayar selama ini?

Berapa bayaran bulanan yang aku terima?

Apa peraturan2 yang aku perlu ikut bagi memastikan pembangkang menang di Malaysia?

Apa benda yang aku kena buat untuk memastikan bayaran tersebut kekal masuk ke dalam account bank aku?

Bayaran RBA oleh DAP
Rujukan : sini

Aku hanya cakap bagi diri aku. Orang lain aku tatau dan aku taknak campur.

Aku memang berbayar. Aku dibayar melalui pengiklanan yang dibuat oleh pelbagai orang. Tak kira la dia politics ke ataupun non politics. Ada geng2 dari BN dan PR beriklan dan ada juga orang2 yang non partisan beriklan.

Bagaimana pula orang2 BN boleh beriklan disini sedangkan aku tak friendly BN?

Politik hanya merangkumi salah satu aspek yang terdapat dalam kehidupan kita. Berkawan, bergaul, berniaga (yang neh aku belajar dan tiru dari orang2 cina) dengan mereka2 yang berbeza idelogi tidak akan meruntuhkan idelogi sendiri. Kita tak rugi apa pun jika meraikan kepelbagaian. Oleh kerana konsepnya disini ialah mencari rezeki dan meluaskan rangkaian perniagaan maka mereka berlapang dada sebab mereka tahu, sepenting2 idelogi politik, penting lagi mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Ada kat sini sesiapa boleh bayar hutang rumah dan kereta dengan hanya berpolitik tanpa mencari rezeki? INGAT, soalannya berpolitik tanpa mencari rezeki bukan mencari rezeki dengan berpolitik.

Bayaran bulanan bukan la RM3k seperti yang digembar gemburkan. Ataupun lebih tepat sepertimana fitnah yang sedia tersebar.

Hakikatnya, ia tidak tepat dan bergantung kepada permintaan iklan. Tanyala Anak Sungai Derhaka dan GREEENBOC. Ini semua bloggers yang mencari rezeki dengan pengiklanan. Kalau la dibayar secara tepat oleh DAP mahupun PKR sebanyak RM3k sebulan sudah pasti tiada iklan di blog2 kami. Cuba banding dengan blog BN dan blog anti kerajaan (aku tak guna pro PR sebab sejujurnya aku pun bukanla pro PR). 

Blog2 BN kurang iklan kerana mereka berbayar. Dan jangan salah anggap. Aku tak pernah kata bayaran untuk blogger itu salah. Yang aku selalu sebut, kalau pun kita berbayar biarlah kerana kita menulis kebenaran, bukan fitnah.

Ini bukan tipu2 ek bab bayaran.

Rujukan ;

Pendedahan oleh Double YY
 

Betul ke semua yang berkempen dan menulis untuk pembangkang itu tidak berbayar?

Ia bergantung kepada situasi juga. Kalau dia mencari rezeki dengan menyebarkan kempen2 untuk pembangkang di media sosial maka dia berbayar. Itu skop pekerjaan dia. Ini kerana dia dilantik untuk berbuat demikian. Ada kat sini boleh duduk depan PC 24 jam dan sebarkan kempen tak henti2 tanpa perlu mencari rezeki?

Jika ada yang menyatakan perbuatan ini salah, boleh tahu salah dari segi apa ek?

Salah dari segi skop tugas?

Salah dari segi sebab ia diukur dengan wang?

Salah dari segi sebab ia membabitkan pembangkang?

Untuk menentukan perkara ini salah atau betul ia perlu dinilai dengan beberapa perkara. Jika yang disebarkan itu adalah fitnah, kita boleh kata salah.

Jika kita mencuri duit orang dan bayar gaji pekerja2/petugas2 politik dengan wang curi, maka boleh la kata salah.

Jika kita menuduh UMNO tanpa fakta dan bukti yang jelas disebabkan memenuhi tuntutan tugas kita, maka boleh la kata salah.

Tapi kalau tak berbuat apa2 seperti di atas sebaliknya sebarkan kempen, lawan propaganda dan fitnah, sebarkan fakta2 untuk rakyat menilai sendiri, berbuat poster dan video agar rakyat boleh menilai kebenaran, bagaimana ini boleh dikatakan salah?

Atau salah, sebab dulu pembangkang kata BN salah sebab bayar bloggers dan cybertroopers?

Salahnya disini bukan dari segi skop tugas. Salahnya disini ialah SEBAB BAYAR UNTUK SEBARKAN FITNAH.

Maka ia salahnya.

SALAHNYA DISINI bukan sebab BN guna iklan fb untuk sebarkan propaganda. SALAHNYA disini sebab BN sanggup beriklan untuk sebarkan fitnah.

Itu point dia. 

Lantak la ko nak lantik berapa banyak cybertroopers dan bloggers BN sekalipun. Up to you la. Untuk sebarkan kempen2 korang, untuk sebarkan kebaikan2 korang ke apa ke. Tapi jangan la sampai sanggup keluar duit untuk rekacipta fitnah. Itu yang orang kutuk. Sudahla fitnah, dibayar lagi tue. Itu yang orang marahkan sangat. 

Pun begitu, RBA berbayar seperti dalam keratan akhbar di atas tidak wujud. Rancangan seperti di atas pun tidak wujud.

Ia adalah fitnah yang terbukti fitnah.

Pembangkang rata2nya tidak perlu keluarkan modal yang besar untuk berkempen melawan BN memandangkan normally ramai orang2 macam aku yang tampil melawan BN atas kapasiti angin satu badan dengan polisi2 BN yang berat sebelah dan tidak adil.

Dan dari situlah kami berkawan dan saling kenal mengenali geng2 pembangkang yang lain sehingga membentuk satu network dalam melawan kerajaan di negara ini.

Sungguhpun demikian kami tak pula semestinya sehaluan dalam menilai setiap isu2 yang wujud. Puncanya kami tak bersatu dalam satu organisasi, tetapi kami hanya bersepakat untuk menumbangkan BN semata2.

Sebab itu boleh melihat kenapa aku punya penulisan tak semestinya condong kepada PAKATAN RAKYAT.

Hakikatnya aku dibayar oleh rakyat kebanyakkan, jadi dari segi moral aku ada tanggungjawab kepada mereka. Iaitu hanya serve penulisan yang tidak menjejaskan rakyat dari apa2 polisi yang boleh menyusahkan dan merumitkan kehidupan mereka dan aku di negara ini.

Sebab tue takde apa2 peraturan khusus yang aku kena follow. Lazimnya aku tulis ikut kepala hotak aku sendiri. Orang nak hentam, nak fitnah, nak sokong, nak lawan, nak kritik, nak bidas, nak apa2 pun aku peduli apa. Lantak korang la. Janji aku tak kacau korang, korang tak kacau aku, sudah.

Dan, ya apa? Kalau2 kita sokong satu2 isu yang dibawa oleh PKR, DAP ataupun PAS dikatakan kita condong dorang? Orang mereka? Geng depa?

Hakikatnya, kita condong isu. Hujah. Maklumat. Fakta. Bukan condong ke arah parti, individu ataupun pemimpin.

Sebab itu tak patut sama sekali nak melakukan generalisation. Hanya kerana aku tak sokong BN ia tak menjadikan aku mesti JAHAT la, BERBAYAR LA, UPAHAN LA, RBA DAP LA dan apa2 lagi la.

Jika kita ada akal yang waras, kita tak benci orang yang tak sokong kita tau.

Tapi kita akan mengkaji kenapa dia tak sokong kita. Dan kita juga takan tuduh2 dan fitnah2 pada orang yang tak sokong kita tau. Sebaliknya jika kita rasa cara dia salah, kita akan buktikan dengan fakta kenapa dia salah sebab tak sokong kita. Dengan meletakkan tuduhan karut, fitnah, bangang dan menuduh2 orang itu berbayar la, upahan la, RBA (yang direka2 oleh geng2 BN) dan sebagainya ia tak menyelesaikan masalah kerana kita baru saja berperanan menambahkan masalah dan mengusutkan keadaan sedia ada. Untuk rekod, menjadi non muslim sekalipun, bila dia fitnah orang, ia tak pernah menjadi betul. Harap RAMESH RAO alert bab neh.

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...