Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 April 2014

Kata2 Akhir Kapten Fariq Ialah 'Good Night', Malaysian #370.


Selamat malam, Malaysian 370 merujuk kepada jenis pesawat (MALAYSIAN) yang dia bawa berserta kod destinasi. Selamat malam kerana itu memang waktu malam, Malaysian 370 kerana dia dari Malaysia (MAS) dan sedang ke Beijing (kod 370).

Kata2 ini adalah pengucapan biasa bagi seseorang kapten berbanding 'Alright, good night'.

Maka, dengan pendedahan ini ia semakin mengecikkan skop syak-wasangka dan spekulasi2 dari barat yang cuba mengaitkan pilot kita dengan satu konspirasi ter-rancang kononnya pilot kita sengaja bawa lari plane, atau ada niat untuk bunuh diri.

Bagaimanapun dengan pendedahan ini, MALAYSIA sekali lagi menjadi sarung tinju bagi penumbuk2 dari negara China.

Kenapa ek?

Menurut CCTV, satu rangkaian berita berpengkalan di China memaklumkan ;

1. Penguatkuasa kita sembunyikan laporan sebenar berkaitan kata2 terakhir co-pilot dari orang ramai. Mereka ada bukti yang kukuh berkenaan kata2 terakhir co pilot MAS MH370. Maklumat itu tidak sepadan dengan apa yang telah tersebar dalam internet baru2 ini.

2. Kerajaan Malaysia gagal mengeluarkan maklumat dan info yang selari antara satu sama lain sebaliknya asyik contradiks je antara satu sama lain dan ini menjejaskan tanggapan umum mengenai kebolehpercayaan masyarakat terhadap kerajaan Malaysia. Berupayakah mereka menyelesaikan kes ini? Adakah mereka akan telus dan amanah dalam setiap laporan2 mereka? Bersediakah mereka menjadi transparent dengan masyarakat tanpa selindungkan apa2 maklumat berkaitan #MH370?

3. Malaysia juga dianggap lemah dan sangat tidak tersusun (not organise) dalam menentukan strategi terbaik bagi menanggani masalah berkaitan pemberitaan #MH370. Terdapat berpuluh2 berita spekulasi dalam dan luar negara. Ini semua timbul kerana pemimpin2 negara sendiri menyampaikan berita2 berbaur spekulasi dan sekerat jalan. 

Bagitau satu benda dan kemudian cakap, nanti kita akan jelaskan. Tindakan ini la yang membuahkan spekulasi. Bila orang tanya apa ada dalam kargo, hanya jawab manggis. Kenapa tak jawab terus terang apa yang ada dalam kargo semua sekali? Bila jawab hanya ada manggis 4 tan then orang dapat tahu selain dari manggis ada benda lain, apakah ini tidak menjejaskan intergriti Malaysia berkaitan ketelusan dalam menyampaikan maklumat?

Itu sebab cara neh tak kena.

Dulu Malaysia ada nafikan bahawa transkrip komunikasi terakhir yang tersebar di internet adalah kurang tepat. Namun, apakah mereka bersedia memberitahu apa yang tepat?

Mereka hanya sebut apa yang tersebar itu tidak tepat dan kini bila ia didedahkan oleh orang lain, tidak kah ini menjejaskan kredibliti Malaysia sekali lagi dalam menyalurkan maklumat berkaitan insiden #MH370?

Ini tak boleh jadi.

Terlalu banyak maklumat2 yang mengelirukan yang keluar dari mulut2 pemimpin kita. Kemudian ditokok tambah dari penulisan2 wartawan2 dalam dan luar negara. Kemudian ditokok tambah lagi dengan persepsi2 rakyat dalam dan luar negara. Maklumat yang kita ada sekarang neh sangat kucar kacir dan mengusutkan keadaan.

Sesuatu perlu dilakukan untuk 'luruskan' kembali semua maklumat2 yang ada secara tersusun, terperinci, tepat dan yang paling penting ia terbuka untuk diakses oleh semua pihak serta disahkan.

Ada mana2 menteri boleh tampilkan diri untuk betulkan kembali keadaan yang dah sedia kucar kacir ini? 

Asalkan bukan Najib, cukuplah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...