Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 April 2014

Papa Gomo Serang Rafizi Kaw2 Di Twitter Kerana Rafizi Bongkar Penyamaran.

Rafizi kena serang. 

Sebab membuat laporan polis di atas satu penipuan yang membabitkan papa gomo. Kes ini membabitkan satu insiden di mana papa gomo pernah dijemput secara ekslusif untuk menaiki kapal selam scorpene bersama2 LGE.

Mungkin jemputan tersebut untuk meninjau dalaman kapal selam itu dan memberikan gambaran positif mengenai pembelian SCORPENE. Namun tindakan tersebut dipersoalkan PKR kerana ia mungkin mendedahkan tahap keselamatan negara terhadap ancaman musuh. PKR juga mempersoalkan mungkin ada hubungan istimewa antara MENTERI UMNO dengan PAPA GOMO sehingga dia dibenarkan untuk meninjau keadaan dalaman KAPAL SELAM sebaliknya pihak media alternatif yang lain dilarang pula.

Rujukan : http://www.keadilandaily.com/hak-istimewa-papagomo-naik-scorpene-bukti-umno-dalang-video-seks-fitnah/

Pendapat aku, tiada yang salahnya mana2 orang diberikan peluang untuk menaiki kapal selam tersebut. Juga tiada salahnya kita mengambil tahu skop kerja dan kemampuan yang boleh dilakukan oleh kapal selam tersebut. Bercakap pasal aspek keselamatan? Ancaman? Berapa ramai yang baca blog papa gomo? Hakikatnya. Kalau ada sesiapa mahu hijack Malaysia dorang takan simply ke blog papa gomo dan baca specs pasal kapal selam tue di sana. Blue print pasal kapal selam ada pada penjual dan pembeli. Jika dorang nak hijack SCORPENE ada banyak cara lain yang lebih relevant. Papa gomo atau sesiapa sekalipun yang tidak berkepentingan untuk menyerang negara, jika naik dan meninjau keadaan dalaman kapal selam tersebut tidak akan mendedahkan negara kepada ancaman luar.

Namun bercakap pasal pilih kasih, anak emas itu logik.

Bercakap pasal pembohongan, penafian dan penipuan itu juga tepat.

Sepatutnya menteri pertahanan ketika itu Zahid Hamidi meraikan kepelbagaian. Dia patut buat jemputan umum kepada beberapa media arus perdana dan alternatif supaya kami tidak rasa dianaktirikan. Bloggers pembangkang juga patut diberikan ruang untuk mendekati SCOPERNE. Kenapa papa gomo boleh, tetapi kami tak boleh? 

Yang amat pelik, sudah la dia yang menipu tapi Rafizi pula yang dia marahkan di twitter. Apa sudah jadi? Bagaimana seseorang yang terkantoi kerana menipu boleh marahkan orang lain sebarangan hanya kerana membongkarkan penipuan dia? 



Pelik tak pelik la juga. Dulu papa gomo pernah nafikan yang Sir Azri tue dia. Dan Sir Azri tue nafikan dia papa gomo. Simple macam neh pun, pasal identiti diri sendiri pun dia nak menipu. Macam mana pula dengan perkara2 yang lebih berat lagi?

Tak faham la aku.

Sudahnya dengan geng2 sendiri pun dia bertekak.


HAHAHA..

Sudah2 la tue.

Satu penipuan untuk menutup penipuan yang lain.

Sampai bila nak hidup macam neh?

Lue fikirlah sendiri. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...