Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Ogos 2013

TNB 'Jamin' Tarif Elektrik Naik.

Terima kasih TNB. Kerana mahu naikkan harga kadar semasa. Terima kasih BN. Kerana berperanan bakal meluluskan perkara tersebut. Terima kasih pengundi BN, kerana membantu merealiasikan slogan bahawa undi BN = undi BARANG NAIK.





Terima kasih pada semua.

Hint ataupun clue, bahawa kenaikan akan berlaku tak berapa lama lagi wujud dalam berita kat bawah neh hah ;

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata malah pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.
"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna merupakan mereka yang bilnya di bawah 200 kwh iaitu di bawah RM70, dan mereka tidak akan mengalami kenaikan bagi memastikan mereka tidak terbeban.
"Bagaimanapun sekiranya ada pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan... rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan dua tiga kali ganda...ada peratusan tertentu tetapi tidak setinggi itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di sini, Isnin.
Beliau juga berkata kadar pelarasan akan diputuskan oleh kerajaan berdasarkan input yang diberi oleh TNB.
"...banyak pertemuan telah dilakukan termasuk yang rasmi untuk membincangkan perkara itu.
"Namun kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan industri penggunaan eletrik," katanya.
Katanya sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan kenaikan harga bahan api, bukan untuk menambah keuntungan TNB.
"TNB neutral, kita tidak rugi apa-apa, seperti sekarang yang rugi adalah Petronas yang membekalkan Gas Asli Cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda," katanya.

Rujukan :  http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/8/20/mstar_berita/20130819174418&sec=mstar_berita

TNB dah jumpa kerajaan beberapa kali untuk mengusulkan kenaikan tarif elektrik di negara ini. Kerajaan tak pula menolak cadangan mereka sebab itu pertemuan demi pertemuan wujud. Perbincangan demi perbincangan berlaku. Dalam erti kata lain, kerajaan kita sedang mempertimbangkan perkara itu. Sebab itu mereka bagi petunjuk demi petunjuk supaya rakyat tak terus sakit jantung dengan kenaikan yang tiba2. 

Lihat berita pada tahun 2012. Nampaknya masa yang dijanjikan sudah tiba.

Apa yang berlaku sekarang neh ialah kerajaan mungkin fikirkan implikasinya kepada kerajaan. Apa yang kerajaan paling takutkan? Adakah kerana kerajaan menjaga kebajikan rakyat marhaen maka mereka masih lagi 'menangguhkan' kenaikan tersebut?

No. Aku tak rasa itu jawapan yang tepat. Apa yang aku nampak, kerajaan fikirkan imej mereka di mata rakyat marhaen. Kenaikan ini akan menyebabkan rakyat marah dengan mereka sekaligus merosakkan imej BN dan Najib di mata masyarakat.

Tetapi kerajaan juga tidak perlu takut. Ini nasihat dari aku. Selepas 5 tahun berlalu, masyarakat akan lupa. Mereka tidak akan marah lagi di atas peti undi. Masih ingat Najib pernah umumkan kenaikan minyak paling mahal dalam SEJARAH DI MALAYSIA?

Kenaikan 78 sen adalah kenaikan paling mahal dalam sejarah pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia.

Dan di manakah Najib sekarang? Dia sudah jadi PM. Ketika dia umumkan benda tue, dia masih lagi menjadi seorang TPM.

Jadi jangan takut. Segala2nya akan menjadi baik seperti sedia kala. Rakyat akan tetap menyokong BN. Rakyat di negara ini mudah lupa. Percayalah.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...