Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 18 Ogos 2013

Apa Sudah Jadi Dengan Jambatan Baru RM14.2 Juta Ini?

RM14.2 juta punya kerja.

Baru seminggu lancar dah rosak sana sini. Tak berfungsi sebaiknya. Takpe. Kita kena bersyukur. Jangan komplen sangat. Asal bangun  pagi takde sniper depan rumah kira oke la tue. Janji tak berperang.

SYUKURRRRRR..

KAH KAH KAH

Walaupun pembinaannya menelan belanja RM14.2 juta, jambatan pejalan kaki yang dilancarkan baru-baru ini menghubungkan sebuah stesen monorel dengan stesen LRT, tidak berfungsi dengan baik.

Separuh daripada lampu (kanan) di jambatan sepanjang 680 meter itu rosak dalam masa seminggu selepas pelancarannya, kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Mereka berkata eskalator dan lif di kedua-dua hujung jambatan itu juga tidak berfungsi.

Jambatan itu menghubungkan stesen monorel Medan Tuanku dengan stesen LRT Sultan Ismail itu, dan telah dilancarkan pada 8 Julai.

Ia dibina oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad.
 

Point penting.

1. Kos jambatan RM14.2 juta

2. Jambatan neh baru dilancarkan. Tak sampai pun beberapa bulan.

3. Sekurang2nya separuh dari lampu yang diletakkan di jambatan ini ROSAK = tidak berfungsi selepas seminggu dibuka kepada orang awam secara rasminya.

4. Lif dan juga tangga bergerak tidak berfungsi langsung.

Untuk rekod, sebelum apa2 projek dilepaskan kepada public, akan ada kakitangan kerajaan yang memantau samada projek tersebut boleh di anggap sudah siap ataupun sebaliknya. Yang berperanan memantau projek neh siapa? Individu tersebut harus bertanggungjawab kerana meluluskan kerja2 dari kontraktor macam neh. Hasil kerja dia terlalu cikai.

Dan yang aku tahu, jambatan ini perlu dibaiki semula, tetapi jangan la kerajaan keluarkan duit lagi. Biarkan kontraktor tue tanggung seme kerosakkan yang timbul. Lagipun mesti ada peraturan macam tue kan? Harap2 begitula.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...