Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 22 Ogos 2013

Persoalan Untuk Ustaz Fathul Bari Jawab - Ada Bukti PKR Sokong LGBT ke?

Saudi yg mgiktiraf krjaan Mesir, x smestinya mnykong kkjamnnya.Sptmana org PAS yg mgiktiraf PKR&DAP,x beerti skong kristian,lgbt&pluralisme.





Aku ternampak twitter UFB yang sedang respon kepada beberapa orang yang mengulas pendirian dia mengenai pendirian Arab Saudi.
Aku nak ulas sikit. Aku faham juga point yang UFB nak sampaikan. Sokong penubuhan kerajaan baru Mesir tak semestinya Arab Saudi sokong kezaliman. Maksudnya kita buat hujah berdasarkan andaian kita. Katakan la Arab Saudi ada keluarkan kenyataan bahawa mereka sokong penubuhan kerajaan baru Mesir semata2 tapi tak sokong kezaliman.
So mungkin ini boleh dijadikan asas penghujahan.
Tapi adakah Arab Saudi begitu? Jawapan nya tidak. Laporan dalam beberapa berita antarabangsa bahkan Utusan turut menyebut bahawa Arab Saudi ;

Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang `usaha menjejaskan kestabilan’ Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu. [1 ]

``Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan.

``Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam,’’ katanya dalam siaran televisyen negara ini. [2]

Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. - UM-
1. Menentang demo / perhimpunan aman menyokong Morsi.
2. Menyokong segala usaha tentera untuk menstabilkan Mesir semula.
Antara tindakan2 tentera ialah seperti membunuh dan membakar.
Ini bukan kah bermaksud secara langsung bahawa Arab Saudi = sokong tentera Mesir = sokong kezaliman?
Utusan dijadikan sebagai rujukan. Utusan dan UMNO dengan ILMU bukan orang lain. Kalau UFB rasa Utusan ragu2, boleh la menulis kepada Utusan untuk betulkan artikel mereka, oke?
Yang kedua. Amboi.
Seorang Ustaz yang konon nya pandai dalam ilmu agama, meletakkan tuduhan yang berupa fitnah ke atas PKR dan DAP konon nya PKR dan DAP = Kristian, LGBT dan Pluralisme?
DAP = majoriti menganuti Buddha. Bukan kristian. Apa jadahnya pula majoriti yang menganuti buddha akan beria2 memperjuangkan agama kristian? Ini satu tuduhan yang tidak berasas bahkan tidak terbukti. Seorang ustaz atau ulama dia tak tuduh2 orang. Dia tanya dulu, kalau orang dah nafikan dia akan biarkan benda tue melainkan dia ada bukti sahih. Bukti yang memang 'bersih' dari campurtangan persepsi dan fitnah. UFB ada bukti ke sekarang neh?
Begitu juga dengan PKR. Apa ada bukti PKR sokong LGBT dan pluralisme?
Jangan la hanya kerana kita bercakap pasal keadilan mengenai situasi tertentu, terus di cop orang itu LGBT la, pluralisme la. Tengok dulu situasi dia macam mana. Katakan la seorang GAY kena 'rogol'. Hanya kerana dia GAY kita tak perlu membela dia bila dia kena ROGOL? ROMPAK? BUNUH? Biar je padan muka sebab dia kan GAY?
Betul tak?
So kita boleh menzalimi dan lakukan apa saja terhadap mana2 individu yang jahat dan sesat bersandarkan hujah bahawa dia sesat dan jahat? Jika seseorang itu jahat kerana dia GAY, maka apa pula beza seseorang yang menzalimi seseorang kerana dia seorang GAY? 
Hanya kerana PKR terbuka dan lantang bersuara mengenai isu2 keadilan mengenai sesetengah pihak itu bukan bermaksud sesiapa saja boleh meletakkan tuduhan rambang terhadap PKR. Nak menuduh2 pun bagi bukti dulu, bagi bukti sebagai sandaran untuk kita bersoal jawab. Seperti itu juga bila menuduh2 PAS Syiah. Hanya kerana sesetengah pemimpin2 dalam PAS terbuka kepada dialog dan perbezaan dengan Syiah bukan bermaksud mereka itu SYIAH.
Dengan PAS, PKR dan DAP, rakyat satu negara tak boleh bersangka baik, tak boleh berlapang dada. Nak sangka baik kena tunggu orang tue dari negara lain, ye tak? Nak berlapang dada pun kena tengok negara kan, betul tak?
Ulama dan Ustaz apa macam neh? Dah takde beza dengan orang biasa. Kalau orang biasa yang takde ILMU menuduh2 mungkin ada maafnya lagi disebabkan kekurangan ilmu dia mengenai ISLAM, tapi kalau seorang USTAZ pun melakukan tuduhan rambang seperti ini, apa lagi yang mampu kita fikirkan mengenai USTAZ dan Ulama2 di negara ini?
Renungkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...