Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Ahli Dan Penyokong PAS - Awas Dengan Page Ini [Mesti Baca]

Semakin menjadi2.



Itulah yang diberitahu kepada aku. Oleh rakan PAS. Dia neh memang totok PAS. Juga totok Ulama. Banyak kali gak aku dan dia berbeza pendapat. Tapi yang bestnya. Dia meraikan perbezaan kami dengan matang sekali.

Tabik.

Ada banyak sebenarnya yang berfikiran seperti neh. Antara kenal dengan tak kenal jek. Namun tak aku nafikan, ada juga yang tak raikan perbezaan. Yang tue aku tak sure kenapa. Mungkin ada sebab2 tersendiri. Nak tahu kena la tanya mereka sendiri. Sebab aku pun tidak tahu.

Hehe.

Baru2 neh kita orang perasan ada satu page, rujuk sini.

Aku dok peratikan je modus operandi page tue. Aku suspect. Ini page nak laga2kan aje. Nak amek kesempatan gamaknya atas perpecahan dalaman PAS. Aku percaya. Selalu aku percaya macam neh. Suatu hari nanti perpecahan dalaman PAS akan diselesaikan cara baik. Ia cuma memerlukan masa dan kaedah yang betul jek. Bercakap pasal konflik dalaman. Ia wujud dan berlaku pada mana2 parti. Jika kita prihatin, kita patut bantu mereka selesaikan konflik dalaman dengan berhemah, bukan tambah api bagi makin panas dan marak. Lebih2 lagi jika kita ialah ahli PAS. Bagi yang bukan ahli PAS atau mana2 parti macam aku, aku memang tidak perlu ada pemikiran seperti itu. Tetapi aku berharap, ahli2 PAS sentiasa ada pemikiran macam tue supaya orang2 macam aku sentiasa menghormati PAS yang sentiasa memilih jalan bijaksana dalam menyelesaikan konflik dalaman mereka secara berhemah.

Pada awalnya. Kami bincang2. Aku suspect page neh memang airtangan orang PAS. Member aku lak kata. No. Ini airtangan UMNO. Then aku cakap ;

Ah kau. Asal kutuk PAS, UMNO. Asal kutuk PAS, UMNO. Apa jadah macam tue?

Cuba ko fikir. Kalau page neh under PAS, kenapa posting2 dia semakin lama semakin mengupkan kebencian terhadap golongan Ulama? Nampak macam dia kutuk geng2 profesional dalam PAS kan? Tapi dalam halus, dia juga sedang sebarkan persepsi untuk anti geng2 Ulama dalam PAS juga. Satu batu, dua burung mampos bhai. Geng profesional dia kutuk cara kasar, geng ulama dia kutuk cara halus? Lue tak tau lagi kaedah propaganda? Lue bukan orang baru.

Errr..  ada kebenaran kata2 lue tue. Tapi ada kemungkinan besar tak kalau page tue actually under geng2 profesional dalam PAS untuk meraih simpati?

Gua rasa tak. Pasal selama neh Khalid Samad, Dr Dzul, Husam, Hatta, dan lain2, semua jawab berdepan. Wanji kena serang, dia jawab depan2. Aduka, TB kena serang, dia jawab depan2 gak. Semua yang kena serang, jawab depan2, guna id sendiri, takde sorok2 pun.

Tapi macam mana pula memang geng2 ulama yang create page tue? Kalau nak diikutkan dari segi persepsi, geng2 Ulama tak mendapat sokongan. Bukan kerana mereka ulama tetapi kerana ramai yang berpendapat bahawa kita harus menyedari kelemahan dan kebaikan masing2. Geng2 ulama terer bab agama, kita kena hormat dan raikan. Itu kelebihan mereka. Tapi bab pentadbiran, mereka out. Bukan kerana mereka bodoh, tetapi itu bukan bidang mereka. Mereka tak belajar bab tue. Jadi kan lebih baik berkerjasama dan meletakkan orang yang betul di posisi yang betul untuk mendapatkan hasil yang betul? Itulah pendapat mereka mengenai geng2 Ulama. Dan mungkin penyokong2 pro Ulama tak raikan pendapat ini dan panas ahti lalu buat page untuk create kebencian terhadap geng2 profesional dalam PAS?

No. Ko silap. Cuba ko tengok menantu TGHH. Ada atau tidak dia jawab sorok2? Sekarang neh. Geng2 ulama vs geng2 profesional dalam PAS, mereka lawan depan2. Bukan lawan belakang2. Lawan depan2, dengan SMS, WASSAP, masuk berita apa semua. Dorang dah berani lawan depan2, apa sebab nak dekat2 muktamar dorang boleh tukar taktik untuk lawan sorok2? Nik Abduh jawab depan2. Nasruddin pun jawab depan2. Pendek kata semua pihak yang sedang berperang dan berlaga2 idea neh telah memilih kaedah melawan dengan2 tanpa menyorokkan identiti. Yang taksub dan melulu neh pengikut jek. Setakat neh kedua2 belah pihak telah pun menjawab dan bertukar2 idea secara matang. Cuba tengok dan bandingkan. Kata2 yang di ucapkan oleh kedua2 pihak yang bertelagah dan kata2 yang diucapkan oleh kedua2 kumpulan yang bertelagah. Kan jauh bezanya? Jangan bila pengikut maki hamun, ketua pula yang kena kritik. Ia terpakai untuk semua pengikut la, tak kira la yang pro profesional mahupun yang ulama. Kalau tengok pada pimpinan nampaknya dorang meraikan perbezaan. Kalau tak bersetuju pun cakap depan2. Bukan buat page bodoh dan kutuk sesetengah pimpinan dalam PAS. Ini bukan ahli PAS yang buat. Aku tegas dengan pemikiran aku.

Oke2. 

Aku nak tulis benda neh dalam BLOG. Pasal aku risau gak ada orang akan ingat benda2 neh memang datang dari geng2 ulama untuk mereka pertahankan diri ataupun sebaliknya. Oke. Aku ubah sikitla ayat guna ayat aku. Ayat ko skema dowh.

Lantak ko la. Tapi jangan ko kutuk2 geng2 ULAMA ataupun PROFESIONAL pula. Mereka berbahas dengan matang dan tertib. Aku rasa ini kalau bukan kerja UMNO, mesti kerja pengikut yang taksub membuta tuli dan membabi buta.

Kalau macam tue, apa pendekatan dia? Bagitau dorang page tue page UMNO? Macam takde bukti jek.

Takyah. Cukup sedarkan dorang bahawa ada agenda untuk melaga2kan beberapa pimpinan dalam PAS. Jika kita ahli PAS yang baik, kita patut menyatukan semua pihak yang bertelagah. Bukan dok tambah jarum kebencian. Ko taip macam yang aku taip neh. Ko jangan copy bulat2 pula. Dah la shortform banyak neh.

So kepada ahli2 dan penyokong2 PAS. Korang ber -ahti2 la. Jika ada mana2 pihak ataupun sumber kedua, bukan sahih dari tuan punya badan, buruk2kan sesetengah pihak, korang jangan main percaya jek. Seperti yang page kat bawah neh buat sekarang neh. Makin menjadi2 beb.

Rujuk link ;  https://www.facebook.com/pages/El-Haraki/108823549239406

Aku tengok menyirap jek. Tapi takde la rasa nak maki geng2 ulama. Ini semua agent2 provokasi untuk melaga2kan sesama PAS dan sesama PAS dengan PKR. Korang jangan termakan dengan dakyah bodoh dorang. Sapa punya angkara aku tatau. Takde bukti nak cakap ini kerja orang A, atau kerja orang B. Tapi yang aku tahu tindakan dia memang membuatkan kita semua rasa curiga.

Thanks.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...