Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 Mac 2013

Imam dilarang berkempen sokong pembangkang.


Takut le tue. Sebab tue buat kerja merepek. 

Mungkin MB Terengganu kita tak faham kot. Nak habaq sikit.

1. Kakitangan awam bekerja dengan kerajaan malaysia. Bukan kerajaan bn.

2. Ya, parti bn menang pru. Jadi mereka dilantik urus pentadbiran negara.

3. Itu bermaksud BN dilantik uruskan pentabdbiran. BN itu sendiri masuk ke dalam pentadbiran kerajaan. Bukan malaysia yang kena masuk dalam pentadbiran BN.

4. Itu bermaksud dasar kerajaan mewakili malaysia mewakili rakyat malaysia la. 

5. Dasar kerajaan bukan bermaksud dasar bn. Tak sama. Tak betul. Tak tepat.

6. Tak dinafikan bn wujudkan dasar2 bodoh agar dasar2 itu melindungi kepentingan mereka dalam kerajaan.

7. Namun sebagai rakyat, dasar2 bodoh plus zalim tidak menjadi kewajipan untuk kita patuh dan turut. Ia termaktub dalam islam. Hujah ko tak boleh celen hujah Allah. Sorry.

8. Kakitangan kerajaan hanya perlu focus dan tumpu melaksanakan kerja2 mereka ketika sedang melakukan tugas. Time bekerja.

9. Apa pun yang mereka nak buat selepas waktu bekerja adalah menjadi hak mereka sepenuhnya.

10. Sesiapa pun tak boleh kawal dan tak patut sibuk.

11. Dorang bukan berkempen dan berceramah time bertugas. Kalau gitu boleh la ko marah dan bengang. Kurang ajar punya imam. Aku suruh jadi imam dia ponteng kerja plak. 

12. Jangan pandai2 menyatukan dasar bn = dasar malaysia. Dasar bn = sudah tentu bias ke bn. Sampai mampos la kita tak boleh undi selain dari bn kalau ini peraturan yang ko guna. Siapa jamin korang adil sampai bila2? Sekarang pun dah terbukti korang tak adil. Lagi mao paksa orang sokong ke? Kita tak betul satu hal. Then kita paksa orang sokong kita walaupun kita tahu kita tak betul, logik ke?

Tak logik le.

Sebab tue buat tindakan keji.

Yang sebenarnya nak ugut. Dia tahu jika dia biarkan imam2 neh berkempen secara terbuka dan berani menyatakan sokongan terhadap pas, maka selepas ini lebih ramai penjawat awam akan melakukan hal yang serupa. Akan sampai ke satu peringkat yang dia sendiri tak boleh bendung dan kawal.

Ini juga membuktikan mereka sedar mereka sudah tiada sokongan. Hanya penipuan je boleh selamatkan mereka untuk terus berkuasa. Ini la matematik mudah. Kita dah lama faham. Hanya umno je sindrome in denial ma. 

kah kah kah 

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana imam di bawahnya yang menjadi penceramah kepada parti pembangkang.
Beliau berkata perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau akan mendapatkan laporan daripada Maidam berkaitan dakwaan terdapat sesetengah imam berceramah bagi pihak pembangkang.
"Kita harap Maidam dapat ambil tindakan kepada imam yang terlibat kerana mereka ini tidak seharusnya melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.
"Imam yang bekerja dan mendapat gaji daripada kerajaan, dan pada masa yang sama menentang kerajaan dengan berceramah di pihak pembangkang, adalah satu perbuatan yang keterlaluan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal pada Ahad.
Minggu lepas, Pesuruhjaya Agama Maidam Datuk Mohd Rozali Salleh mendedahkan menerima laporan beberapa imam kerajaan berceramah bagi pihak pembangkang di beberapa masjid di daerah seperti Besut dan Kuala Terengganu.
Ahmad berkata imam adalah orang yang sepatutnya menjadi contoh serta mengajak umat Islam ke arah perpaduan, dan jika mereka terpengaruh dengan sikap pembangkang seperti PAS, ia akan menjurus kepada lebih banyak perpecahan kerana parti itulah menyebabkan umat Islam berpecah-belah ketika ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata rakyat tidak akan mendapat sebarang faedah jika menyokong PAS yang hanya pandai menabur janji kosong serta dengan mudah menuduh kerajaan memberi BR1M sebagai umpan pilihan raya.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/17/mstar_berita/20130317193310&sec=mstar_berita

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...