Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Mac 2013

BRIM Jadi Inisiatif Tahunan - Najib Razak.


Bukan berteka teki. Bukan lagi kalau2. Confirm dah BN akan jadikan BRIM sebagai satu bantuan tahunan. Ia akan diagihkan kepada mereka2 yang dah layak sebelum ini. Dan mereka2 ini akan kekal layak sehinggala terkeluar dari senarai itu. Samada kerana meninggal ataupun kerana taraf hidup dah meningkat.

Ia di umumkan oleh Najib Razak dalam satu program khas yang disiarkan secara langsung di tv3 tadi. Aku tengok. Tapi aku errr tukar channel selepas 15 minit masa berlalu kot. Dalam 14 minit pertama aku taktau dia cakap apa. Aku macam berada di awang-awangan. Antara dengar dengan tak dengar. 

Dalam seminit terakhir aku cuba paksa diri aku focus untuk dengar percakapan dia. Ikhlas neh, ikhlas. Tapi aku rasa aku tak boleh. Dah mengantuk gila dah time tue. Ahh tak boleh jadi. Kena tukar channel gak. So aku pun tukar ah.

KAH KAH KAH

"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung di sini malam ini.
Justeru kata Najib, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatif dan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat.
"Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah," katanya dipetik Bernama.

Pendapat aku?

Ah, lantak lue la Najib. Lue buatla cara mana nak raih undi, sokongan ke apa ke. Selagi lue letakkan kepentingan rakyat di depan, lue berdoa je la kepada Allah agar dibukakan ahti rakyat untuk undi bn. Hehe.

Tapi lantak lue lantak rakyat juga. Lantak rakyat la nak percaya ke tak percaya kat bien. Lantak rakyat la nak undi sapa2 pun. Dan lue bukan tuhan ma. Tak semestinya kalau rakyat undi pr = malaysia musnah atau punah. 

Mungkin lue tatau. Pembangkang juga ada family disini. Ada tempat tinggal, harta dan ini negara mereka juga. Takan pembangkang nak musnahkan rumah dorang sendiri? Jadi alasan lue dah basi. Kita orang dah tak percaya.

Saintis, kalau tak bereksperimen, kita takan ada apa yang kita ada hari ini. Oleh sebab itu, atas alasan ini, amatlah wajar untuk rakyat malaysia ber-eksperimen. Kami akan tentukan dan bertanggungjawab atas keputusan yang kami sendiri pilih. Oke? Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...