Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 Februari 2013

Surat BRIM 2 ada lambang BN.

Bagus sebenarnya. 

Bila BN ada ahti nak tambat ahti rakyat itu sebenarnya bagus. Itu membuktikan yang BN sebenarnya risau. Mereka rasa gusar jika hilang kuasa. Mereka sedar juga bahawa rakyat memang mampu berbuat apa2 melalui peti undi. 

Mereka juga sedar bahawa segala tindak tanduk mereka diperhatikan oleh rakyat. Jadi mereka berusaha sedaya upaya untuk pikat kembali kepercayaan rakyat dengan beberapa keputusan yang mereka buat, meskipun itu tak cukup tepat. Setuju tak setuju itu citer lain. Yang penting kita nampak BN ada usaha untuk mengubah pemikiran rakyat terhadap BN.

Tapi, BN juga kena ingat. Bukan semua orang2 dalam BN menghormati usaha BN dalam menawan semula ahti rakyat.

Ada juga orang2 dalam BN itu sendiri seperti takmo tengok, takmo membiarkan BN kembali mendapat kepercayaan rakyat.

Jadi sesama mereka sabotaj. Antaranya surat BRIM 2 seperti kat bawah neh hah ;


Dah beberapa hari dah rakyat mula mendapat surat BRIM 2. Mereka diberitahu bahawa permohonan mereka telah diluluskan. Mereka dibertahu masa dan lokasi untuk mengambil duit tersebut. Dan sebenarnya surat seperti itu tidak sepatutnya ada lambang BN. Walaupun BN ialah parti yang memerintah negara, dan kita hormat perkara tersebut sebab BN naik menggunakan cara pilihanraya tetapi itu bukan bermaksud DUIT KERAJAAN = DUIT BN.

Sebab itu la tidak sepatutnya orang2 BN mengecop logo BN dalam surat pemberitahuan BRIM 2. Ini terang2 boleh dipersoalkan. Menggunakan BRIM 2, berkempen untuk BN, letak lambang BN, berkempen menggunakan jentera dan polisi kerajaan, itu namanya SALAH.

Kalau BN yang bagi duit di atas, duit peruntukkan itu datang dari BN, ko letakkan la cop BN penuh satu surat pun orang tak boleh persoalkan.

KENAPA?

Dah BN bagi bantuan guna duit dia.. lantak p la dia nak mendacingkan satu surat pun. Bahkan letak setem dacing pun takde isu. Ko sapa sekarang?

Tapi sebab bantuan neh menggunakan dana kerajaan, yang sumbernya datang dari semua pihak tanpa mengira idelogi politik maka bila BN berkempen parti dia, itu namanya salah guna kepentingan. Kalau PR buat benda sama kelak, BN jangan pula melatah. Jangan kita jadi ketam yang paksa anak jalan lurus, bila dia sendiri sedar dia jalan bengkok.

Bai. 

Gambar surat adalah sumbangan rakan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...