Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 November 2012

Hishamudin: Tindak tanduk Pas cemar imej Islam [18SX]

Pftttttttt

Gila babi punya kelakar. Statement tak cermin diri yang aku tak boleh blah tue. Jap ek. Aku paste dulu apa dia cakap.

Isu Pas mendoakan kemusnahan dan memurtadkan Umno semasa muktamar tahunannya baru-baru ini akan menjadi satu daripada perkara yang dibincangkan dalam usul agama Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu depan.
   
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan parti itu mencemar imej Islam.
   
Tindakan seperti mendoakan kemusnahan atau memurtadkan Umno, merupakan kaedah politik kebencian yang sudah lama menular dalam parti pembangkang itu.  Beliau berharap anggota perwakilan yang akan berbahas pada Perhimpunan Agung Umno nanti tidak meletakkan diri mereka sama taraf dengan jurucakap Pas yang tidak tanduk mereka hanya menjejaskan kredibiliti parti. -SH-
  
Hishamuddin dan umno jangan nak temberang. Korang dok tuduh2 pas macam2 selama neh apa.. padahal perangai dan kelakuan korang lebih teruk dari parti yang korang kutukkan tue. Bagi aku dalam PAS memang ada je benda yang aku tak sehaluan bahkan aku rasa kadang2 ia terlalu keterlaluan tetapi dibanding dengan umno sorry to say la.. baik pas lagi dari umno.

Contoh tuduhan ialah pas parti sesat. Pas syiah dan khawarij. Lepas tue cakap tuan guru dalam pas terkeluar dari landasan islam.. kena bertaubat dan kufur nikmat. Setakat tuduhan sesat menyesatkan ahli2 pas dan pemimpin2 pas oleh umno sejak zaman mahathir dulu adalah perkara biasa2 jek bagi korang. 

Lepas tue tiba2 hari neh ko nak cakap pasal soal moral [tulisan merah]? Pasal mencemar imej islam? Tolong la. Mungkin ada orang dalam umno yang layak cakap pasal neh tapi yang pasti orang tue bukan ko. 

Bercakap pasal mencemar imej islam? Aku taknak main gambar2 peribadi keluarga ko. Tapi aku bagi ko satu gambar yang mana pihak ko, kementerian ko ada kuasa bahkan lebih dari itu untuk menghalang penyebaran majalah kat bawah neh. Owh lupa.. takan nak halang bila tangan kanan mencetak dan tangan kiri menerima duit ye tak? Umno, utusan dan mangga bukan orang lain. Adik beradik satu mak bapak jek pun.

Kita sama kita tahu siapa sebenarnya yang mencemar imej islam. PAS tak maksum. Aku percaya, kita seme boleh kritik PAS cuma mungkin ada segilintir yang hardcore jenis tak open minded je akan melatah tak tentu hala. Tetapi itupun kita kena la kritik dengan benda yang PAS benar2 buat terlebih dahulu. Bukan kritik orang atas isu fitnah dan rekaan semata2. Puiiiii

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...