Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 November 2012

Doa 'KO BN': Perkasa mahu Majlis Fatwa bertindak.

Pftttt


Cakap bodoh kang marah. Tapi memang bodoh pun.

kah kah kah

Perkasa mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang didakwa mendoakan kehancuran sesama umat Islam bagi membendung perkara sama tidak berulang.

Timbalan Presidennya, Datuk Abd Rahman Bakar berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.

“Amat jelas sekali doa seperti ini bercanggah dengan ajaran Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak, jangan tunggu lagi.

“Saya tidak faham kenapa mereka boleh berdoa begitu, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam. -SH-

Aku tatau apa yang susah sangat nak faham dalam isu neh. Aku tatau pasal apa umno + bn + bloggers umno + ngo pro umno sangat2 bebal dalam memahami peranan doa itu sendiri. Korang pernah solat kan? Tahu kan solat tue apa? Jangan plak lepas neh anggap aku tuduh korang tak bersolat plak. Alamaklumla korang kan jenis lambat pickup. Lain aku tanya kang lain plak korang faham.

kah kah kah

Doa. 

Doa ialah sesuatu yang seme manusia boleh buat. Even bukan muslim pun boleh. Dia nak minta kat tuhan. Mungkin dia anggap tuhan dia tue begitu begini tetapi sebenarnya tidak. Hanya Allah swt tuhan dia dan tuhan kita. Tuhan kita seme hanyalah Allah swt dan akan kekal begitu sampai bila2. Dulu begitu hari neh begitu akan datang juga akan begitu.

Setiap manusia mempunyai kisah yang berbeza2.

Hari neh yana dibuang sekolah sebab dituduh mencuri. Rupanya kawan yana, dzar yang fitnah. Selama neh dia buat macam2 pada yana dan yana hanya bersabar jek. Yana selalu doakan dzar semoga dia berubah dan berhenti ganggu yana. Tetapi kali neh dzar sudah melampaui batas. Tindakan dibuang sekolah mengecewakan ibu bapa yana. Apatah lagi yana di pandang serong.

Woiittt dzar.. aku doakan ko ditimpa bala oleh Allah swt.. malapetaka yang amat azab sebab ko menfitnah akuuuuu.. kata yana sebelum dia meninggalkan sekolah itu.

Ramai orang dengar kata2 itu. Yang tatau citer sebenar..

Hish yana neh.. dasar pencuri nak cakap banyak plak puiiii

Kawan2 dzar pula..

Apa la teruk sangat perangai yana tue dzar.. ada ke doa kehancuran untuk ko..

Yang tak sebelah mana2 pihak. 

Tak baik doakan macam tue.. seburuk2 mana pun dia.. dia masih manusia.. jalan bertaubat itu ada.. mungkin la betul yana kena fitnah tapi yana kena doakan yang baik2 je kat dzar.. semoga dia bertaubat dan mendapat hidayah untuk berubah kelakuan nya jika benar dzar menfitnah yana..

Ini la situasi nya sekarang. Hanya kerana ko rasa bn tak zalim kepada ko belum tentu bn tak zalim pada orang lain. Hanya kepada ko jek.

Tapi rileks la kenapa perlu doakan kehancuran terus? Tak boleh ka doakan yang baik2 jek? 

Sapa cakap takde? Sapa cakap tak pernah? PAS dah banyak kali buat dah. Cuma ko jek yang tatau sebab media arus perdana tak highlightkan..

Ya Allah swt moga bukakan pintu untuk bn bertaubat.
Ya Allah swt moga berikan bn hidayah supaya tidak lagi menganiaya kelantan.

Yang doakan kebaikan dah banyak kali pas buat bahkan setiap hari buat. Bila cakap umat islam itu merangkumi ahli muslim umno sekali. Tetapi yang doakan kehancuran itu jek korang nampak. Dan beria2 nak menfatwa apa bagai. Padahal tak perlu pun. Masih banyak masalah umat islam yang perkasa boleh tumpu bukan isu remeh temeh bab doa neh.

Lagipun, macam aku sebut dah sebelum neh.. doa adalah hak masing2. Sesiapa boleh berdoa apa2 yang dia mahu doakan.. samada Allah swt dah makbulkan atau tidak itu adalah hak Allah swt dan sebagai manusia dan umat islam kita tak perlu terlalu jauh sampai nak menentukan apa yang dia patut minta dari Allah swt dan apa yang tidak patut. 

Dia bebas berinteraksi dengan Allah swt sama seperti ko. Jika dia boleh berdoa, ko juga boleh. So buat yang itu bukan merepek tak tentu hala dan fitnah pas pula. Apa pun tak boleh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...