Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 22 November 2012

Gambar penduduk AMUK pasal AIR di JOHOR tersebar.

Tv3 ko bila nak lapor? Malam neh ke? Berapa minit? Silap. Berapa saat? 10 saat? 

kah kah kah

Apa pun jom kita baca dulu luahan penduduk yang ditumbuk dan dibelasah oleh pemaju sehingga menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri.


Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan.

Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi semalam.


Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan.


Menceritakan tercetusnya kejadian, salah seorang penduduk, Wong Yong Pau, 61, memberitahu, kelmarin kira-kira jam 11 pagi lebih 20 penduduk terputus bekalan air.


"Kami dapati ada saluran paip dibocorkan. Salah seorang penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaporkan keadaan itu tetapi difahamkan ia bukan berpunca daripada jabatan itu.


“Kami jadi tidak puas hati, kerana sebelum ini pernah terjadi perkara sama membabitkan hampir 50 penduduk.


"Masalah tiada air tidak pernah terjadi sebelum ini,
namun sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah,” katanya pada sidang media, semalam.

Yong Pau mendakwa, dia turut menjadi mangsa apabila ditumbuk di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan yang turut membabitkan beberapa penduduk.


“Pihak berkenaan semakin agresif hingga beberapa penduduk yang sudah berumur turut jadi mangsa.


"Ada yang cedera di bahagian muka, kaki, tangan. Melihat perbalahan semakin serius, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Beliau berharap pihak berkuasa dan pihak berkaitan dapat memberi jaminan keselamatan serta membantu penduduk kampung yang musykil kewujudan
pihak pemaju membangunkan kawasan mereka dengan memberi pampasan  tidak munasabah.

“Hampir 30 tahun kami hidup aman di sini. Tiba-tiba ada surat datang bagi notis dan tempoh suruh kami berpindah. Apa yang saya dengar kami hanya dibayar sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sahaja.


“Sekiranya kami benar-benar diarahkan pindah, kami minta mereka yang berkenaan tampil berbincang secara baik.
Jangan cuba buat kami marah. Rosakkan tanaman kami, bocorkan paip air hingga bergaduh seperti ini,” katanya.


Ini gambar AMUK yang disebarkan oleh sinarharian ;


Ini pula cara media arus perdana laporkan berita ;



Hehehe.. 

AMUK sebab PEMAJU taknak bertanggungjawab atas apa yang dorang dah buat kat penduduk sebenarnya. Tapi yelah isu asasnya masih AIR. 

Apa pun cadangan aku ialah baik penduduk2 kat situ check dulu samada pemaju yang buat kerja2 pembersihan tue ada kaitan dengan BN ke takde. Kalau ada kaitan dengan mana2 orang BN so pepaham sendiri la nasib korang selepas neh. 

Selamat tingggalll rumahh kuuu.. selamatt ttinggalll.. tanahkuu.. confirm la bn akan aniaya korang sampai mampos. Ingat.. sendiri undi dan pilih bn oke. So well done. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...