Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Pelbagai NGO buat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.



Malaysia kaya NGO meskipun NGO takde ahli or ahli ada seratus jek. Sesiapa pun boleh buat apa2 NGO dan bertindak melakukan apa2 atas nama NGO. Terbaru satu NGO yang digelar dengan nama kelab wartawan muda buat report polis terhadap anwar ibrahim.

Selain dari anwar, NGO terbabit turut buat laporan polis terhadap 3 MP pakatan rakyat yang lain. Ketiga2 MP pakatan tue ialah ;

1. R. Sivarasa.

2. Tian Chua

3. Mahfuz.

Motif?

Mereka tak mahu peguam2 asing dibenarkan masuk ke parlimen untuk membangkitkan isu mengenai SCORPENE.

Untuk rekod, PR + SUARAM bercadang mahu membawa 3 peguam asing masuk ke parlimen untuk membincangkan, mendedahkan dan membongkarkan isu mengenai SCORPENE. Isu rasuah dan penyelewengan dalam SCORPENE. Isu ini juga melibatkan nama baik dan kredibliti najib razak.

Kenapa peguam asing? Kerana kes neh telah disiasat oleh mahkamah luar. Bukan mahkamah malaysia yang buka kes. Kalau mahkamah malaysia dah tentu2 peguam malaysia yang akan masuk parlimen beb.

Sekarang yang aku tak faham 1 benda jek. Benda neh citer pasal najib razak. Takde kaitan pun dengan mana2 wartawan. Orang asing ka, orang sendiri ka apa ka itu tak bermaksud apa2 dalam kes scorpene neh. Apa yang penting kebenaran dapat dirungkai. Tak suka kah ko dapat mengetahui kebenaran nya?

Jika ada orang asing boleh merungkai sesuatu, kenapa nak halang?
Jika ada orang asing boleh membongkarkan misteri, kenapa itu salah?

Lagi satu, kenapa mesti kelab wartawan muda? Kenapa tidak najib sendiri yang bersuara? Kenapa gunakan pelbagai NGO? 

NGO suka membodek taknak buat?

NGO suka merepek taknak buat?

NGO suka meroyan taknak buat?

NGO suka mengacau taknak huat?

NGO suka report polis taknak buat?

Buatlah. Buat macam2 NGO untuk buat kacau. Kerana buat kacau adalah kepakaran orang2 macam korang. Kalau la aku di line korang aku takan buat kacau. Sebaliknya aku akan alu2kan kemasukkan peguam2 asing tersebut. 

Tujuan dan niat aku mudah je. Kebenaran tidak boleh ditutup. Jika peguam itu menipu, penipuan dia pasti terbongkar. Sebab tu aku perlu dengar hujah balas dia sebelum boleh membongkarkan penipuan dia. Jika dia bercakap benar, maka kebenaran pula yang akan terbongkar. Sebagai seorang manusia, salah ka kita pertahankan kebenaran? Muslim plak tu..

Sekarang lue di line mana? Aku takmo tuduh2. Tapi hanya orang salah je yang akan buat macam2 untuk tutup kepincangan. Lue fikirlah sendiri.  

Berita berkaitan : rujuk sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...