Masuk world record lagi tu.
TAHNIAH BN
TAHNIAH NAJIB
TAHNIAH ORANG SABAH
Anda ada jalanraya termahal. Aku takde.
kah kah kah
Seorang MP PKR hari ini mendakwa bahawa sebatang jalan sepanjang 0.9km menuju ke bangunan DUN Sabah dibina dengan kos RM14.9 juta.
Azmin Ali (PKR-Gombak) dalam satu soalannya di Dewan Rakyat hari ini mendakwa jalan tersebut dirasmikan oleh ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini.
"Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwanya ketika mengemukakan soalan tambahan.
Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur. -MKINI-
Rileks.
Azmin ali cuma citer bab mahal jek. Punca2 mahal dia tak bagitau. Tak baik tahu azmin ali lue main tipu2. Lue ingat seme orang bodoh meh? Meh aku explain kenapa ia mahal walaupun ia tak sampai pun satu kilometer.
1. Kenderaan bergerak sendiri bila guna jalanraya tu. Ko takyah tekan minyak atau apa. Automatik jalan sendiri cam tangga bergerak.
2. Minyak bertambah. Yup. Tak kira diesel atau petrol kalau ko guna jalanraya tersebut minyak dalam tangki kenderaan ko akan bertambah.
3. Bunga tayar kembali baru. Yup. Berjalan atas jalanraya tersebut menyebabkan bunga pada tayar2 kenderaan ko akan diperbaharui macam baru.
Taknak jalanraya macam neh? Bodoh ar kalau taknak. Mahal pun berbaloi. Ko ada? Aku takdak.
kah kah kah