Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Oktober 2012

Keadilandaily, Chegu Bard minta maaf isu buku latihan Najib.

Kat bawah neh screenshot atas satu berita yang telah disiarkan di keadilandaily pada minggu lepas ;



Isu neh pernah disiarkan di amenoworld. In fact amenoworld pelapor yang menyiarkan isu tersebut. Dan amenoworld didatangi pelukis komik itu menerusi inbox. Dia melihat ada orang yang salah sangka menerusi ruangan komen yang beranggapan bahawa buku tu diterbitkan oleh kementerian lalu dia mohon amenoworld siarkan kenyataan balas dia selaku pelukis asal komik tersebut untuk menjelaskan segala kecelaruan. 

Rujuk sini.

Tapi nampaknya ada yang tak alert dengan penjelasan tersebut. Apa yang aku siarkan di blog ada watermark aku sebab member facebook yang bagi. Yang tersiar di blog lain takde watermark. So aku tatau dorang amek kat mana.

Apa pun kat bawah neh ialah kenyataan maaf chegu bard dan keadilan daily. Harap anda seme boleh maafkan mereka. Keadilan daily juga telah diminta untuk memohon maaf secara terbuka kepada pelukis buku latihan 1 malaysia sebab mislead perkara sebenar melalui portal berita mereka meskipun tidak mempunyai bukti yang lanjut. 

Keadilan daily juga mengakui bahawa mereka hanya mendapatkan info tersebut melalui sebaran di blog dan media sosial. 

Kenyataan maaf chegu bard menerusi laman blog nya ;

Merujuk berita yang dilaporkan akhbar internet (Keadilandaily) yang telah menulis berita dengan memetik cheGuBard yang dihubungi melalui telefon berkenaan buku latihan sekolah dengan gambar Presiden Umno.

Pada beberapa hari lepas saya dihubungi oleh wartawan untuk mendapatkan komen mengenai kewujudan buku latihan dengan gambar Presiden Umno yang dimana sebelum itu kewujudan buku tersebut tersebar sejak sehari sebelum itu di media internet khususnya Facebook.

Namun sehari selepas itu saya menbuat carian sendiri mengenai kewujudan buku tersebut dan sebuah media internet juga (Malaysiandigest) juga telah menyiarkan berita memetik kenyataan artis seni (bebas) yang menerangkan bahawa kewujudan buku tersebut ialah antara projek seni mereka.

Setelah meneliti semuanya che'GuBard dengan ini menarik semula kenyataan dalam pemberitaan media internet sebelum ini dan sesungguhnya tidak disengajakan. Selaku aktivis masyarakat saya akui kesilapan dan menghargai usaha kesenian artis tersebut.

che'GuBard mengambil tanggungjawab penuh secara peribadi kerana kenyataan saya dalam pemberitaan tersebut tidak ada kena mengena dengan parti atau organisasi yang saya sertai, selaku aktivis masyarakat didikanya menyatakan kebenaran dengan berani tetapi bila sedari ada kesilapan jangan takut mengambil tanggungjawab dan mengakui.

Sekian.

che'GuBard

Kenyataan maaf keadilandaily pula boleh dirujuk di laman ini. Harap dengan penjelasan neh boleh menjelaskan segala kekeliruan. Harap maklum. 

Kenyataan pelukis parodi 1malaysia pula boleh dirujuk disini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...