Poster asal hak milik ISMA dan boleh disebarkan selagi diberikan kredit kepada ISMA.
Ini ialah permohonan maaf TERBUKA kepada ISMA di atas penyalahgunaan poster agenda ramadhan yang dicipta oleh ISMA melalui page kami iaitu ;
dan
Untuk rekod, aku pun copy dari page tersebut. Dan menurut admin page rosmah mansur yang upload tue, dia cakap dia amek poster tue dari rakan2 facebook dan keadaan nya adalah sama seperti mana yang dia amek tanpa edit aka crop apa2 pun.
Kat sini aku nak perjelaskan secara terperinci bahawa ;
1. Kami tidak tahu menahu bahawa poster tersebut telah di crop. Apa pun kami mohon maaf kerana menggunakan gambar tersebut.
2. Kami tiada niat untuk mencuri, menggunapakai, mencetak rompak karya sesiapa pun melalui laman page kami. Apa pun kami minta maaf kerana menggunakan gambar tersebut selama neh.
3. Dan kami berharap selama tempoh kami menggunakan gambar tersebut, pihak ISMA sudi halalkan dan maafkan perbuatan kami.
Ini kerana kami benar2 tiada niat mahu mencuri dan menggunapakai karya anda. Kami mohon maaf dengan seikhlas ahti. Di harapkan selepas kami memohon maaf kepada anda, segala tuduhan serong, fitnah, cakap2 negatif terhadap kami boleh larh dihentikan setakat itu. Baik melalui komen2 di facebook mahupun melalui inbox.
Dan kami berjanji akan siasat dulu setiap poster2 yang bakal kami upload di page kami supaya tidak tersebarkan hak milik anda melainkan tertera di atas nya kredit ke atas anda.
Dan dengan neh, kepada geng2 ISMA yang mendesak kami para admin mohon maaf secara terbuka boleh larh berhenti berbuat demikian kerana kami telah pun sudi berlapang dada memohon kemaafan daripada ISMA.
Sekian, terima kasih.
Yang mewakili ;
Kesemua admins rosmah mansur, sila minta maaf pada umat islam dan Ameno World.