Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 28 Mei 2012

Undi PAS masuk syurga FATWA SESAT!

Berita terbitan utusan.


Ulama muda umno. Korang neh kalau meroyan no 1. Pandangan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi aku takmo sentuh sebab dia taktau keseluruhan kisah yang berlaku di sini. Mungkin utusan petik kenyataan dia kat mana2. Utusan memang terkenal dengan sikap suka petik, crop dan edit statement orang demi kepentingan ketua mereka. 

So tak mustahil juga ahli majlis fatwa masjidil haram menjadi mangsa serakah utusan malaysia. Memang tak mustahil der. Aku tak kata pandangan dia salah pun kat sini. Memang kalau TGNA keluarkan fatwa bahawa undi pas masuk syurga aku fikir tak perlu tunggu orang jauh2 komen. Orang dekat2 terlebih dahulu akan balon tgna.

Aku pun tatau sejauh mana level kebengapan wartawan utusan malaysia. Beza antara pandai dan bodoh neh ialah bukan seperti beza antara si cerdik dan si bangang. Sebaliknya ialah orang pandai tahu sejauh mana level kepandaian dorang manakala orang bodoh tak tahu sejauh mana level kebodohan dorang. 

Maksudnya kat sini kepandaian memang ada titik noktah tetapi tidak bagi kebodohan. Itu yang susah sket nak deal dengan orang2 macam neh. Sebab tak tau kat mana titik noktah bagi orang2 yang bodoh.

Kita taktahu sejauh mana dorang bodoh dan sejauh mana kebodohan dorang neh bakal menyusahkan kita pada masa akan datang. Itu bahayanya. Bukan kita seme tak tahu apa itu maksud fatwa. Fatwa itu bermaksud ;

Definisi Fatwa

Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.

Dari Segi Istilah

Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:

Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.

Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

Di ambil dari portal kerajaan sendiri. Sila klik sini.

Sekarang siapa pula yang terlibat dan layak mengeluarkan fatwa? Baca kat bawah neh ;

Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri. 

Klik sini untuk bacaan penuh.

Dari sini apa yang kita boleh rumuskan?

1. Fatwa hanya layak dikeluarkan oleh mereka2 yang mengangotai majlis fatwa kebangsaan

2. Mufti bagi negeri2

3. Selepas mengadakan muzakarah aka perbincangan untuk putuskan satu2 hukum secara bersama.

Jadi apa yang tgna sebut mengenai undi pas masuk syurga? Adakah kenyataan tgna ialah satu fatwa? Bukan. Tgna memang orang alim tetapi dia tiada kelayakkan untuk mengeluarkan apa2 fatwa sebab dia tidak mengangotai majlis fatwa kebangsaan kerana tuan guru bukan seorang mufti. 

Maksudnya kat sini ialah tuan guru bukan mengeluarkan fatwa sebaliknya tuan guru hanya mengeluarkan kenyataan jek. Siapa yang sangat tak cerdik sehingga menganggap setiap patah perkataan tuan guru ialah merupakan satu fatwa pula?

Kalau tuan guru kata "makan nasi",  adakah itu akan di anggap sebagai fatwa juga? Sapa tak makan nasi berdosa kah ? Adakah seme benda yang tuan guru ucapkan boleh di anggap fatwa? Habis tue dia dilarang berbicara kah? Arh sudah. Asal cakap jek fatwa. Macam mana neh?

Dorang selalu gunakan alasan bahawa kenyataan2 tgna mengelirukan pengikut2 setia pas tetapi sejak aku kenal baik dan betul dunia politik tak sekalipun aku TIDAK pernah terkeliru dengan kenyataan2 tgna pun. Aku sangat2 faham apa itu fatwa dan apa itu kenyataan.

Yang aku tengok selalu sangat terkeliru tue orang2 umno ada lah. Dorang sedaya upaya cuba memutarbelitkan statement tuan guru bagi nak membuktikan tuduhan dorang bahawa tuan guru tue sesat. Sebenarnya itu adalah satu langkah yang menyeksa diri sendiri. Faham tak? Korang letak tuduhan terlebih dahulu sebelum bukti. Akhirnya korang dah malkan diri sendiri. 

Bila benda tue dah makan diri mula larh nafsu menguasai diri untuk memutarbelitkan seme kejadian, seme kenyataan dan seme tingkah laku tuk guru. Usah kata pengikut2 bien, pengikut2 pr juga begitu sebenarnya. Jika korang letakkan tuduhan terlebih dahulu berbanding bukti korang akhirnya akan makan diri sendiri. 

Berhentilah menganggap apa saja yang keluar dari tuk guru ialah merupakan satu fatwa. Hidup jangan jadi sochai sangat. Kalau taktau, cari tahu dulu. Cari kefahaman. Kalau larh undi pas masuk syurga tue merupakan satu fatwa dah lama dah dorang tahan tgna dan masukkan dalam penjara.

Tapi disebabkan ia bukanlah satu fatwa sebab tue tiada apa2 tindakan di ambil terhadap tuk guru sampai sekarang. Umno tak habis2 cakap pas memecahbelahkan jemaah islam di malaysia tetapi siapa sebenarnya pecah perpaduan tue? Cuba tenangkan diri dan berfikir masak2 mengenai perkara yang disebut perpaduan tue. 

Boleh ke perpaduan wujud dengan orang yang hari2 fitnah ko kiri kanan atas bawah depan belakang? Orang gila pun taknak berpadu dengan ko kalau begini sikap dan akhlak ko. Ubahlah. 

Orang islam sekarang neh dok bertelagah jek sebab ko utusan lidah pembohong no 1. Lidah pemfitnah no 1. Punca umat islam bergaduh tue datangnya dari utusan. Jika utusan berhenti menfitnah, berhentilah segala2nya yang merasuk dan menghasut umat islam berpecah. Yang tue pun taktahu lagi ke? Orang yang memulakan api, orang itulah yang kena berhenti. Simple.

Ameno : Kalau tuan guru cakap nak pergi tandas? Mampoih seme orang anggap ia fatwa pula.. ekekeke.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...