Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 Disember 2011

Hasan Ali melawan Harakah melawan PAS.

Tak pasal2 tgna yang kena maki.
Tak pasal2 tgna yang kena hina.

Tak pasal2 tgna yang kena serang.

Semuanya disebabkan oleh ego dua puak yang dahulunya rakan karib tapi jadi musuh akibat dendam apa tah.

Isu neh mudah jek. Dua adik beradik yang dahulunya sepesen seniat sematlamat kini bergaduh. Bila bergaduh time yang buruk2 seme keluar. Time kamcing dulu maggie share berdua okey. Momantai. Tapi bila dah bergaduh, kalau berselisih tepi jalan pun sanggup bom jalan tersebut. Marah punya pasal.

Bukanlah harakah neh tatau bahawa tugas dia kena menyatukan jemaah. Media pro pas patut kerja dia pro kepada perpaduan dalam pas. Ini antara amanah yang dia kena jaga. Dia tidak boleh bias kepada mana2 puak. Dia juga tidak boleh gunakan media neh sebagai alat balas dendam secara peribadi kepada mana2 puak. Itu bukan tugas dia. Tugas dia balon bn dengan fakta. Bukan melampiaskan rasa marah dia terhadap seseorang.

Tugas dia juga kena up banyak isu2 dan kerja2 yang wakil rakyat pas buat. Wakil pas bukan hanya tgna sahaja. Ada ramai. Semua pun buat kerja. Tapi yang dapat liputan hanya beberapa orang. Yang sama dan sama dan sama macam orang lain tak buat kerja. 

Bila bn serang satu2 isu, kita nak balas pun susah sebab kurang update isu2 semasa dari wakil2 rakyat pas. Kalau orang tue dia pandai dan tahu nak godek2 isu semasa pas menerusi pelbagai blog wakil rakyat pas, okey.  Tapi, bukan semua orang tahu.

Kalau dikatakan bahawa alah.. wartawan pas kaji ciput.. biasalah lembab nak mampos.. ada isu2 yang tak boleh cover.. tapi heran. Dia boleh cover isu baikk punya pasal pakatan rakyat. Isu2 yang up nama baik dap dan pkr lebih penting dari isu2 yang boleh up nama baik pas. 

Adakah aku dengki? Ya. Aku dengki. Media pas, utamakanlah cerita pasal pas. Mereka yang lain2 sudah ada media yang mengUpkan nama baik dorang sedangkan imej pas sekarang neh samada mendatar ataupun kadangkala menurun. 

Perkara seperti neh lah yang menghampakan. Harakah di bawah puak siput neh memang langsung tak relevant. Harakah dulu memang hebat. Sepatutnya sekarang dia kena lebih hebat lagi. Sebab? Dia advanced ma. Dia punya pengalaman bukan cikai2. Dari zero to hero. Tapi sekarang dari hero to nothing. Dia punya fungsi dah loose.

Kalau dia kenakan bayaran, aku pun sudi bayar. Aku takde masalah. Aku sudi langgan harakah. Ramai lagi orang lain pun sudi langgan harakah. Ia bukan soal percuma atau berbayar. Ia soal peranan harakah neh dah berubah. Harakah dah jadi macam utusan. Harakah dah mula menggunakan media menyerang puak2 tertentu. Ini, tak boleh dibiarkan.

Sepatutnya harakah menyatukan semua adik beradik dalam pas. Seburuk2 hasan ali tue dia masih lagi orang pas. Kalau sungguh nak balon dia, biar tunggu dia isytiharkan terang2 bahawa dia keluar pas dan masuk umno. Takpe. 

Time tue nak balon, balon. Tapi selagi hasan ali masih adik beradik dengan pas, kalau ada ruang perdamaian, harakah kena amek. Musuh kita bukan nya dengan adik beradik sendiri tapi orang lain. Orang luar. Orang umno yang jahat. Yang zalim. 

Apakah mungkin kerana usia maka mata harakah semakin kabur? Kalau harakah dah rabun, takpe. Takde masalah. Pakai cermin mata. Baik harakah mahupun hasan ali, kena sama2 berlapang dada dan beralah. 

Bukan apa, pertelingkah neh sebenarnya bukanlah menyerang sesama sendiri dan merosakkan sesama sendiri sebaliknya neh pertelingkahan yang menyerang pas dan merosakkan pas. Oleh itu, Hasan Ali dan Harakah, jangan pentingkan ego sendiri sehingga parti pula yang jadi mangsa. Benda kecik2, kalau boleh let go, let go je. Bai.

Ameno : Perpaduang dah hancor..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...