Banjir di thailand tidak akan menjejaskan stok dan harga beras di malaysia. Itulah yang media bn pongpang ketika thailand banjir. Jangan termakan dakyah pembangkang. Ini propaganda nak burukkan kerajaan. Propaganda waklue.
Dah berapa lama kita jadi rakyat bn, sedikit sebanyak lakonan dan taktik depa of coz lah kita dah hafal beb. Ya.. sila tonton video di atas neh. Neh adalah hint untuk menaikkan harga beras.
Steps yang anda perlu faham.
1. TV3 akan buat2 poyo mendedahkan masalah bernas dan blalabla.. <-- dah lepas
2. TV3 akan siarkan isu kenaikan beras global dan balbalbal.. <-- dah lepas
3. TV3 akan undang pakar buat ulasan <-- merujuk di atas neh.
4. Kerajaan akan tunggu respon orang ramai.
5. Kalau agak2 rakyat macam malas membantai.. kerajaan umumkan harga beras yang dirasionalkan [naikkan harga].
6. Kalau agak2 rakyat membantai, kerajaan hold dulu niat tamak mereka.
7. Caranya? Kerajaan hari2 akan serap persepsi bahawa harga beras di malaysia lebih rendah berbanding negara jiran, rakyat malaysia banyak yang gemuk2, rakyat malaysia suka membazir, rakyat malaysia berpenyakit, kerajaan terbeban dengan harga yang sedia ada, masalah subsidi, subsidi dikurangkan untuk salur kepada yang memerlukan... dan blablabla..
Hasilnya? Pemikiran rakyat akan berpecah2. Ada yang dah termakan dengan dakyah propa kerajaan tamak. Ada yang tidak. Ada yang was2. Ada yang ragu2. Ada yang keliru. Hasilnya? Bertelagah sebab peranan media busuk ahti yang menyalurkan info penipu dan terpilih menurut perintah tuan besar mereka.
Kenaikan harga beras harus ditentang. Apa dia ingat kita boleh tahan ka setiap satu bulan berlaku beberapa kenaikan? Apa dia ingat kita tatau dia tengah cari dana untuk pru ? Harga minyak dunia turun pun dia buat derk je.. so ini yang korang sanjung bagai kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat? Waklue.
Jangan bagi hujah alah.. benda lain boleh beli mahal2.. takan beras tak boleh? Hellooowww... aku punya suka sebab aku punya duit. Aku nak beli barang mahal2 pun bukan guna duit kerajaan. Tapi kerajaan sebat aku lagi ada dengan rembat wang dari aku melalui cukai.
Contohnya aku nak makan kfc ada cukai. Aku nak tgk filem, ada cukai. Aku nak guna jalanraya yang dibina guna wang aku pun kena bayar cukai. So aku punya pasal nak komplen pasal harga beras neh sebab memang dari awal lagi ia dibangunkan dengan menggunakan duit generasi aku yang lepas2 sampailah terbaru. Ini hak aku dan aku punya suka.
Ingat, rakyat bos, kerajaan hamba. Dorang kena buat ikut arahan kita. 100%. Kuasa mutlak di tangan kita. Dorang memang kuli. Kita bukan. Gunakan kuasa neh. Jangan tunduk dengan kerajaan. Biar kerajaan yang tunduk dengan kita. Bai.
Ameno : Protes harga barang naik.. sapa nak lead?