Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 September 2011

Timbalan Menteri guna duit rakyat untuk berjudi.

Aku tatau samada berita neh sahih ataupun tidak. Memandangkan artikel neh ditulis tanpa memberikan apa2 bukti yang menyokong statement dia, maka aku cadangkan kita jangan percaya sehingga terbukti ia benar-benar sahih. Apa pun aku nak share sini dengan harapan ada pihak yang menyiasat kebenaran penulisan neh. Sebab apa, ini melibatkan duit rakyat. 

Sejujurnya kalau dia berjudi guna duit sendiri aku malas nak campor. Bagi aku lantak dia larh. Dia punya duit dan dia punya pasal. Banyak lagi hal lain yang perlu aku fikirkan daripada menyemak dalam kehidupan peribadi pemimpin. 

Tapi benda neh menimbulkan keinginan di ahti aku untuk mengetahui kebenaran nya sebab dah melibatkan duit rakyat. Bukan sikit whorr.. juta2. Andai kisah neh sahih larh. Tapi ingat, baca boleh, nak percaya lue orang tanggung sendiri. Baca bawah ;

Dalam kejadian terbaru, seorang Timbalan Menteri telah menemui beliau merayu agar menyalurkan bantuan segera RM3 juta daripada Tabung Bencana Alam Negara bagi membantu penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir.

Pada mulanya Najib tidak sedar kehadiran Timbalan Menteri berkenaan yang menunggu di dalam kereta di luar kediaman beliau, namun apabila pulang daripada menjalankan tugas rasmi negara pada jam 2.30 pagi, kereta Timbalan Menteri berkenaan masih berada di situ.

Setelah memberikan pelbagai alasan dan menunjuk muka 20 sen, Najib dengan penuh percaya telah menyerahkan RM1.3 juta sebagai pendahuluan untuk diagehkan kepada mangsa banjir.

Namun malangnya, pada keesokan harinya, Najib dikejutkan dengan berita daripada pegawai risikan bahawa Timbalan Menteri berkenaan dilihat memasuki Kasino di Genting Highland dan telah menghabiskan habis RM1 juta untuk berjudi dan kalah kesemua wang tersebut.

Mengikut maklumat daripada Pegawai terdekat Timbalan Menteri berkenaan, hanya RM300,000 sahaja daripada jumlah yang diberikan Najib telah diagehkan kepada mangsa banjir dan pihaknya masih menunggu baki untuk dilunaskan./ sabahkini.net

Bagi pandangan aku ;

1. kasino mesti ada cctv. 

2. kasino mesti ada orang ramai.

3. kasino mesti ada pekerja.

4. lokasi mangsa banjir yang terbaru di perlis. 

5. sebelum tue di johor, kan?

6. timbalan menteri bukan banyak sangat.

7. sapa timbalan yang agih2kan bantuan baru2 neh? tak semestinya dia tulis rm300k. Kadang2 dorang besar2kan citer je.. sampai 3,4juta padahal beberapa ribu je.

So takde ke nak bagi klue lebih daripada sekadar penulisan di atas? Kalau dapat rakaman cctv lagi cantik whorr.. patut dorang snap masa dia tengah sakan berjudi guna duit rakyat. Lagi perghh... harap sapa2 yang ada info ataupun saksi kejadian boleh share apa2 info dengan aku lepas neh. Thanks.



Ameno : Gila larh berjudi sejuta.. bagi aku lagi bagus. Hehehe.. <-- tamak bhai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...