Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 September 2011

Harga minyak dunia terus turun

Lihat bawah neh terlebih dahulu ;


Aku sebenarnya tak pasti samada news kat atas neh matter ataupun tidak pada malaysia. Benda dipetik dari sini. Sila semak sendiri. Melalui pembacaan aku di beberapa blogs antarabangsa dan amerika, harga minyak dunia mencatatkan penurunan dalam beberapa bulan sebelum neh dan dijangka kekal turun untuk beberapa bulan yang akan datang. 

Ada beberapa andaian [aku tulis andaian sebab aku tak pasti samada mereka berhujah secara speculate ataupun ia benar2 fakta disitu] yang dibuat berhubung penurunan harga minyak. Tapi yang aku heran melalui hujah dorang tue.. harga minyak samada naik ataupun turun ia tetap menjejaskan ekonomi dunia. Dalam erti kata lain..naik pun salah..turun pun salah.. mungkin kah pengekalan harga minyak ialah perkara yang betul? So kenapa tak kekalkan je harga minyak pada satu tahap yang stabil? Entah.. aku bukan pakar ekonomi. So mana larh aku nak faham napa dorang tak tetapkan je harga minyak tue pada satu harga yang kekal.

Cuma sekarang neh aku nak tahu adakah penurunan harga minyak dunia neh akan memberikan apa2 effect kepada kerajaan dalam menyelaraskan harga minyak? Setahu aku ron 97 ikut harga global. Neh global dah turun harga malahan dijangka harga minyak per barrel akan mencecah USD80 tak berapa lama lagi sehingga memaksa peniaga2 saham neh beralih angin daripada komoditi minyak kepada emas yang dilihat lebih stabil. 

Boleh jadi ada penglibatan speculator dalam isu penurunan harga minyak neh tapi penurunan harga minyak USD85 per barrel sepatutnya di ikuti dengan penurunan ron 97 dan ron 95 sebab harga minyak malaysia sebelum naik lebih kurang USD 80 - USD 90 per barrel gak masa tue. Memang beberapa tahun lepas harga minyak per barrel dalam rate USD 60 - USD 70 tapi masa tue tengok larh harga ron 97 dan ron 95 berapa pula? 

Sekarang neh harga ron 97 dan ron 95 seolah2 harga minyak dunia dalam rate USD 100 per barrel padahal minyak dunia dah turun. Apa pula langkah kerajaan sekarang neh? Dediam je. Sibuk canang video seks segala bagai padahal kerja sendiri ada, tapi taknak buat. Focus larh pada kerja yang ada sekarang neh. Dah masuk bulan sept neh kan? Aku masih lagi tak dengar lagi pengumuman dari kerajaan untuk turunkan harga minyak dalam 2,3 bulan neh. Ikut kata kerajaan minyak malaysia ikut harga minyak dunia time naik. Sekarang time turun. Ikut harga dunia ye ke tidak dalam isu penurunan neh? Cuba khabar sikit kerajaan weh? 

Nota : crude oil naik beberapa sen sebentar tadi.

Ameno : Kerajaan lupa dorang rasionalisasikan subsidi masa harga minyak dunia turun ka?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...