Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Ogos 2011

Luahan saiful bukhari azlan.

Assalammualaikum dan Salam Hormat buat semua
Kelmarin, pada tanggal 15hb Ogos 2011, genaplah tiga tahun saya melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Semalam, saya kembali semula ziarah masjid yang penuh bersejarah buat diri saya ini.
Saya merasa amat terharu apabila pulang semula ke masjid ini. Peristiwa yang penuh bersejarah itu masih segar dalam ingatan saya. Pelbagai kisah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 3 tahun saya melafazkan sumpah laknat tersebut. Ada diantaranya diketahui umum, ada juga yang tidak pernah saya kongsikan. Justeru, izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak kisah-kisah tersebut.
Sebelum
Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan juga yang dituduh pada ketika itu, DS Anwar Ibrahim. Namun setelah dipelawa dan sering berdolak-dalih untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat.
Untuk makluman, walaupun saya sendiri dengan rela hati untuk melafazkannya, tindakan saya ini tercetus apabila ia disarankan oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri pada dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz pada awal Julai 2008. Boleh rujuk artikel ini
Justeru, selepas berfikir, berbincang dengan keluarga dan beberapa ahli agama,  pada 7 Julai 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermubahalah. Namun beliau tidak membuat apa tindakan untuk bermubahalah.
Selepas sumpah
Selepas saya melafazkan sumpah tersebut, ia telah menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian oleh beberapa pihak. Sebagai contoh saya telah ditohmah sakit tenat, membuang air besar mengunakan tiub dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dakwaan tersebut ternyata sekali adalah tidak benar. Akhirnya, setelah 2 tahun, pihak yang memfitnah saya itu sudah pun memohon maaf secara terbuka. Boleh rujukdisini
Bagaimana atasi cabaran
Dari awal hingga ke hari ini, saya tidak pernah putus mohon bantuan dari Allah. Saya buang sifat ‘AKU’ dalam diri kerana saya memang tidak mempunyai apa-apa daya dan kekuatan, semuanya datang dari Allah SWT. Hanya Allah tempat saya berserah dan tempat saya bergantung. Saya sentiasa berdoa, istiqamah dan sabar.
Selain itu, saya berpegang pada prinsip ” Biarlah diri ini dihina oleh Jutaan manusia, hilang segala nikmat dunia, daripada  ditarik nikmat di akhirat dan dihina oleh Allah SWT, kerana tidak berani berkorban menegakkan Yang HAK”
Perjuangan dan kisah Rasulullah SAW juga sentiasa saya jadikan panduan dan iktibar dalam menempuhi apa jua rintangan dan halangan dalam perjuangan menegakkan yang HAK.
Tidak dinafikan, memang banyak cabaran dan rintangan, namun saya bersyukur kerana saya dapat menghadapinya dengan tenang dan banyak bantuan dari Allah yang saya terima. Alhamdulillah…
Prosiding Mahkamah
Walaupun proses prosiding berjalan agak perlahan atas sebab-sebab tertentu, saya berkeyakinan penuh terhadap sistem perundangan kita. Di peringkat ini, Saya bersyukur kerana saya telah memberi keterangan dan kes dipihak pendakwaan telah selesai dan kini adalah kes diperingkat pembelaan. Lebih pada itu saya redha dan serah pada Allah.
Ternyata, ada hikmah disebalik kelewatan dan penangguhan ini. Banyak permata yang saya kutip sepanjang perjalanan selama 3 tahun ini. Antaranya, ia mendidik saya tentang ilmu sabar. Hatta, ia telah menjadikan saya seorang yang lebih kental dan berkeyakinan untuk tempuhi apa jua rintangan dan cabaran dimasa akan datang. Insyaallah..
Kenangan manis sepanjang 3 tahun
Antara kenangan manis yang saya perolehi setelah 3 tahun ini; Pertama, Pertolongan dan bantuan dari pelbagai pihak yang berdoa dan benar-benar ikhlas membela saya, sebagai contoh para blogger yang dari awal hingga kini masih istiqamah membela saya. Mereka melakukan ini dengan penuh ikhlas, tanpa meminta balasan. Begitu juga dengan dengan rakan-rakan dialam maya yang lain seperti di Facebook, Twitter, Forum-Forum online yang lain.
Kedua, saya telah selesai memberi keterangan dan dibebaskan sebagai saksi. Ketiga,  Berkesempatan mengiringi nenek mengerjakan ibadah Haji pada November 2010. Boleh  di sini.
Keempat, saya rasa bersyukur kerana keluarga dan pelbagai pihak terus mendoakan dan memberi sokongan, serta boleh menerima diri saya seadanya walaupun aib dan maruah sudah hancur berkecai.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terus mendoakan, membela dan membantu saya selama ini. Doa untuk kalian semua tidak pernah saya lupakan, hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi dan jasa anda sekalian.
Insyaallah, dibulan yang mulia ini, kebenaran akan bangkit. Sama-sama kita doakan.
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar
Kepada Allah saya berserah
SAIFUL BUKHARI AZLAN
Baca boleh, percaya? Lue pilihlah sendiri.

Sumber : blog sba. Lupa plak nak letak tadi.

Ameno : Cukuplah sekali kue terpedaya dengan lakonan mue.. babak berlakon baik dan muka2 sedih? Kem salam je larh!!!

Share this

2 Responses to " Luahan saiful bukhari azlan. "

  1. Sabarlah Saiful kebenaran tetap kebenaran walau keputusan mahkamah x menyebelah. Masih ada mahkamah yang akan membicarakan kes ini di akhirat kelak. Be happy teruskan life sebaiknya dan tindakan untuk membuat rayuan itu adalah terbaik.

    BalasPadam
  2. sabar la saiful....

    aku tau kau xlarat nk lwn anwar yg tua tu...
    aku tau kau hebat xberak selama 2 3 ari....
    aku tau kau xmandi wajib tapi tetap solat....
    aku tau kau kejap kau kate kene liwat kejap kate cubaan meliwat...cubaan.........

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...