Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Ogos 2011

Kenyataan yang mengelirukan dari peguam 12 muslim di gereja.

Persepsi aku dah semakin bengang dengan 12 individu yang sedang menyorok neh. Sudahlah di antara 12 individu bertubi2 bagi press statement kat bh online [4 individu] pasal ;

1. holywater

2. dibaptis

3. ceramah mengutuk Nabi saw. 

Macam aku dah pernah cakap dulu. Andai orang2 yang bagi statement tue bukan 12 individu yang ditahan or 50 individu yang terlibat dalam upacara buka puasa neh then tampil bagi penjelasan. Baca bawah beb ;


KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Penganjur majlis makan malam muhibah di sebuah gereja minggu lalu yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menafikan dakwaan terdapat usaha mahu memurtadkan umat Islam, sebaliknya menegaskan ia adalah program menyampaikan bantuan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum dan agama. <-- Ada individu cakap kena baptis. Nama dia jasmine [nama samaran]. Bersama dua anak nya. Siap ada gambar lagi. Dia claimed dia antara 12 individu yang di panggil jais.
Dilaporkan terdapat nyayian lagu keagamaan dalam majlis itu yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, yang mana diserbu pegawai Jais pada Rabu lalu.
Pengarah Eksekutif Harapan Komuniti berkata organisasi itu komited untuk membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan Aids melalui pendekatan “kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah” sambil menegaskan menyewa premis Gereja Methodist Damansara Utama. <-- menyewa? Menyewa? Apa dia menyewa? Ko nak bagi bantuan tak payah kot susah payah menyewa segala bagai. Memetik sahabat facebook yang bukan islam dia cakap lebih kurang macam neh ;


kalau nak bagi bantuan, bagi lah. Tak perlu jemput orang islam masuk gereja. Mother teresa tak ajar buat macam tue. Memberikan bantuan di mana2 pun sama sahaja. Jaga lah sensitiviti agama lain.
“Harapan Komuniti membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan miskin dan mereka yang ditindas, namun Jais bertindak untuk mengganggu acara amal ini pada 3 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya Annou Xavier. <-- kepala hotak kau. Nak bantu orang islam apa kena mengena dengan nyanyian dan ceramah yang mengutuk Nabi saw? [Andai ini benar]. Ada orang akan dedahkan rakaman ceramah pada malam itu. Kita tunggu dan lihat. Sapa benar sapa salah. Adoi.
Annuo memberitahu The Malaysian Insider bahawa majlis makan malam muhibah itu boleh diadakan di mana-mana seperti Dewan Komuniti Cina tetapi Harapan Komuniti memilih Gereja Methodist Damansara Utama kerana pihak gereja menawarkan lokasi dengan percuma.
“Kerana ia (Harapan Komuniti) adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan dan mencari lokasi yang mudah dan murah,” katanya.
Beliau menambah, Harapan Komuniti – diketuai ahli lembaga daripada orang Melayu, orang Cina dan orang India – selain tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Gereja Methodist Damansara Utama dan pernah menyewa dewan gereja sebelum ini. <-- Dah. Nak sewa2 banyak lagi bangunan yang tiada kaitan dengan keagamaan boleh ko cari. Alasan ko neh agak bodoh lah.
Annou juga berkata “doa kesyukuran” turut dibacakan semasa majlis makan malam itu atas bantuan yang telah diberikan bersama kira-kira 120 orang daripada pelbagai latar belakang agama. <-- bab neh je aku dah pengsan baca. Sejak bila pula doa kesyukuran kesemua umat islam dan bukan islam serupa neh bhai?
“Ini bukan doa Kristian, ia lebih kepada berterima kasih kepada Tuhan yang maha kuasa,” katanya. <-- dah tue ianya doa ke bukan? Kalau doa dari mahzab mana ko petik bhai? "Free mahzab sesiapa pun boleh baca ini doa kah"? Lue fikirlah sendiri. Aku agak menyampah dengan peguam kepada 12 individu muslim yang menyorok neh. Dia sangat fishy.
Beliau berkata dua lagu kesyukuran dalam Bahasa Malaysia turut dinyanyikan - “Allahu Akhbar” dan “Allhamdulillah” – tetapi menegaskan ia lagu untuk semua. <-- Nak tergolek aku baca. Lawak gila beb.
“Ia satu lagu umum kepada Tuhan yang memberikan bantuan,” katanya, turut menambahkan, tidak tahu berapa ramai yang menyanyikan lagu itu. <-- neh pun boleh buat aku tergolek baca.
Annou juga menolak dakwaan bahawa kitab Injil versi Bahasa Malaysia dan soalan-soalan tentang Islam diberikan dalam majlis makan malam itu untuk menghina agama itu. <-- okey. Aku pun tatau sapa benar sapa salah. Yang penting kalau jais boleh bagi bukti2 kertas kena koyak, masak lah ko weh peguam. Mungkin dorang rakam dan ada gambar. Masa tue memang masak lah ko peguam.
“Ia bukan untuk memurtadkan sesiapa, ia tidak mempengaruhi sesiapa... mereka fikir ini bulan Ramadan, jadi mereka anjurkan kuiz tentang Islam,” katanya. <-- takde soklan2 tentang islam yang ada cuma kuiz2. Kuiz2 itu bukan lah soklan2. Sekian. Muahahha.. Otak aku pun gelak neh bhai.
Serbuan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menuntut satu laporan daripada Jais berhubung kemelut yang berlaku <-- Serbuan itu bukan serbuan. Dan tiada orang yang bantah. Yang pongpang2 cakap ia dibantah adalah umno. Serbuan itu dipersoalkan oleh mereka2 atas sebab2 tertentu. Bukan dibantah. Sekian.

Contest paling senang sempena merdeka. Nak iphone4 free? Ini peluang anda! 

Ameno : Peguam lebih baik ko diam. Lagi banyak ko merepek, lagi menyusahkan pakatan rakyat. Sengal!

Share this

0 Comment to " Kenyataan yang mengelirukan dari peguam 12 muslim di gereja. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...