Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Ogos 2011

Isu Lim Guan Eng makan dengan orang islam dan isu iklan 8tv yang tak racist pun..

Pertama aku nak ulas isu lim guan eng. Aku tak nampak ada apa2 masalah disini apabila lim guan eng makan bersama orang islam di bulan puasa. Lihat gambar di bawah neh ;


Di atas neh ialah lim guan eng. Dia neh ialah pemimpin pakatan rakyat dan ketua menteri pulau pinang. Atas kapasiti seorang pemimpin yang berbangsa cina maka suka ataupun tak suka dia kena layan semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Agama dia menyatakan bahawa tiada masalah pun andai dia perlu menghadiri majlis berbuka puasa bagi memenuhi permintaan rakyat muslim.

So dia buat. Jadi apa masalahnya? Adakah dia bersalah apabila menunaikan tanggungjawab sebagai ketua menteri? Ada sapa2 paksa dia bersolat ka? Tak pun. Ada sapa2 suruh dia bagi tazkirah ka? Tak pun. So apa je nak argue benda remeh macam neh? Nasib baik dia tak bagi apa2 ucapan pada hari tersebut. Andai dia bagi silap2 orang umno akan menfitnah dia sedang memberikan tazkirah pula.

Memang ada ramai orang islam di penang. Tapi ketua menteri pulau pinang cuma satu dan ianya ialah lim guan eng. Kalau tak suka nak buat macam mana? Sapa suruh engko orang undi gerakan bertahun2 di penang sehingga cina menjadikan pulau pinang kubu kuat mereka? Semua pun tahu dinasti cina vs dinasti mamak kat penang tue. 

Itu ialah masalah yang korang buat sendiri. Bertolenrasi lah. Sekurangnya2 lim guan eng neh masih lagi mahu melayan dan memenuhi permintaan orang islam berbanding koh tsu koon tue. Semua pun tahu tsu koon tue racist yang amat. Bukan sikit2 alah racistnya.

Aku sejujurnya tak nampak lim guan eng buat kesalahan andai dia menganjurkan majlis berbuka puasa, berbuka puasa sekali ataupun menderma wang untuk tujuan berbuka puasa. Semua itu dia perlu buat atas kapasiti dia sebagai pemimpin pulau pinang dan kebetulan tiada kekangan dalam agama yang dia anuti.

Jangan bagi alasan fakir miskin, anak yatim, dia tak dapat pahala etc. Apabila tahu kewujudan fakir2 miskin di satu2 tempat, memang ramai orang bantu. Begitu lah juga dengan anak yatim. Walaupun kebanyakkan kes kita tengok di negeri2 umno sendirilah fakir2 miskin neh tak terbela. Mungkin kurang informasi. Malas nak cakap lebih2.

Tapi di tempat2 PAS [bercakap berdasarkan pengetahuan semasa aku] kita amek anak2 yatim dan orang miskin neh belajar mengaji pondok sambil berkerja. Kita bagi tempat tinggal + makanan + pakaian + ilmu agama + sekolah = secara percuma all. Semua foc. Tapi dengan syarat mereka harus lah terlibat dalam aktiviti2 masjid dan surau. Macam aktiviti memasak di bulan puasa bagi menjamu jemaah. So dia kena buat. 

Jadi ko, orang yang pongpang2 pasal fakir miskin, apa ko buat? Pongpang2 je? Pahala ke tak berpahala ke itu urusan lim guan eng. Dia rela nak buat, tapi ko sibuk pasal pahala dia? Perlu ke? Ko susah apa dia takde pahala? 

Isu kedua pula pasal iklan 8tv . Aku rasa semacam ada yang pelik bila orang islam tak faham mesej di balik penyampaian iklan terbabit. Aku boleh nampak jika wujud ketidakfahaman orang cina dalam isu neh. Sebab dorang tak nampak maksud tersirat disitu. Ini terjadi sebab mereka tak faham hukum islam.

Tapi yang aku heran apa pasal pula orang islam sendiri pun tak nampak mesej di balik iklan. Lebih parah pakatan pula pongpang2 pasal isu neh. Tah hapa2 lah weh. Aku tak nampak apa yang racist pun kat iklan neh. Ikut kepala hotak aku ;

1. Iklan neh mengajar cara2 kita menghormati ramadhan.

2. Pelakon cina watak utama kerana 8tv ialah saluran tv yang ditonton oleh bangsa neh.

3. Iklan neh secara kasar dilihat seperti mendidik non muslim. Tetapi secara tersiratnya memerli orang islam.

4. Semua tahu bahawa kebanyakkan orang cina + india memang menghormati bulan ramadhan dan orang islam.

5. Penerbit iklan neh pun tahu.

6. Dan motif penerbit neh ialah menasihati orang yang tidak menghormati bulan ramadhan.

7. So sesiapa yang tidak menghormati bulan ramadhan je lah patut marah.

Sebab itu aku heran kenapa iklan neh dikritik hebat sedangkan ia membawa mesej yang baik? Mana ada racist. Biasalah cina bawa watak. Salah meh? Cina tak boleh bawa watak or nasihat kan orang ka? Orang2 yang fikir bahawa hanya orang melayu je yang layak bawa watak dan nasihat orang sebenarnya ada masalah mental.

Di malaysia yang begitu berbilang kaum neh. Jangan lah kita hanya memandang bahawa cina layak nasihat cina, india layak nasihat india dan begitulah sebaliknya. Takde masalah pun gadis cina dalam iklan tue perli orang islam. Aku suka tengok lakonan dia. Hanya kerana korang tak mampu memahami maksud tersirat dia terus korang cakap iklan neh racist. Tah hapa2 plak aku rasa. 

Ameno : Iklan tue wajar di telivisedkan diseluruh negara pada tiap2 ramadhan. Aku suka pompuan cina tue. Terbaekk..~~

Share this

0 Comment to " Isu Lim Guan Eng makan dengan orang islam dan isu iklan 8tv yang tak racist pun.. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...