Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 Julai 2011

Lagi juta2 terbuang disini... - kerajaan hang kaya sangat ka?

Perdana Menteri mengumumkan bahawa perbelanjaan mengurus untuk 2011 adalah RM162.8 bilion. Sekarang kerajaan meminta peruntukan tambahan sebanyak RM13.19 bilion untuk baki 6 bulan. Kini jumlah perbelanjaan mengurus ialah RM176 bilion. Adakah hasil persekutuan yang dianggarkan meningkat lebih daripada RM165.8 bilion?

Ameno : Maksudnya baru2 neh kerajaan mohon peruntukan tambahan di parlimen. Tahun lepas dorang cakap rm162.8 billion untuk mengurus malaysia sepanjang tahun 2011 tapi pada pertengahan tahun neh [2011] dorang minta tambahan sebanyak rm13.19billion. Aik.. ko cut segala bagai subsidi, ko minta dana lagi? Tak cukup ka? Tahun lepas di anggarkan hasil persekutuan ialah rm165.8billion. Tengok macam neh ;

Anggaran hasil persekutuan bagi tahun 2011 : rm165.8b

Anggaran perbelanjaan mengurus : rm162.8b <-- ini bermaksud ada lebihan 2billion lebih tapi..

Peruntukkan tambahan : rm13.19b

Nilai baru perbelanjaan mengurus bagi tahun 2011 : rm176b

So adakah berlaku defisit disini? HUTANG lagi? Pinjam duit dari mana hah? KWSP dah habis dia songlap. Mungkin SOSCO? No wonder lah sosco minta kaji kadar potongan

Lihat bawah pula ;

Berapakah bilangan Imam dan Guru Takmir yang akan menikmati Elaun atau Bantuan baru dari peruntukan tambahan RM 66 juta yang dipohon? Apakah kadar elaun baru yang akan digunapakai? <-- Salah satu peruntukan tambahan yang di mohon adalah untuk disalurkan kepada imam2. Imam seluruh malaysia ka? Baik korang tanya imam kat tempat masing2, dorang ada menikmati kenaikan baru ka takdak.

Apakah rasional bagi pelaksanaan Government Integrated Radio Network [GIRN] yang akan melibatkan kos sebanyak RM 35 juta? Kenapa tambah cost dari cost asal RM22.7 juta? Apakah manfaat kepada rakyat jelata daripada pelaksanaan GIRN? Kenapakah JPM yang menguruskan projek GIRN dan bukan Kementerian Penerangan? <-- Yang neh aku pun confused. GIRN tue apa hah? Ada ke orang zaman sekarang dengar radio kerajaan? Sorry, aku tanya je. Bukan nak kutuk. Tapi siyes aku tak faham matlamat benda alah neh.

Sebanyak RM1 juta dipohon untuk menampung kos penubuhan Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock. <-- Hehehe.. 1 juta? Untuk siasat kes je ko makan satu juta? Apa benda tue? 1juta neh secara spesificnya digunakan untuk apa? Cetak 88 naskah buah buku laporan penuh siasatan suruhanjaya diraja?

Sebanyak RM19,980,000.00 untuk mengajur dialog antarabangsa langkawi. <-- ko gila ka gomen? Nak anjur dialog pun makan juta2? Tang mana relevant nya angka juta2 neh? Dan kepentingan kepada rakyat? Rakyat terbanyak yang aku maksudkan disini.. well aku tak rasa ianya membawa kebaikan kepada rakyat langkawi sekalipun.

Sebanyak RM 150 juta dipohon untuk membayar Maswings Sendirian Berhad bagi sewa pajakan pesawat di Sabah dan Sarawak. Kenapa mahu bayar syarikat ini?  Siapakah pemilik syarikat Maswings Sendirian Berhad? Mohon Menteri berkenaan menyenaraikan butir-butir perbelanjaan bagi peruntukan tambahan ini. <-- Ya, aku pun teringin gak nak tahu. Sapa mangkuk yang memiliki syarikat neh hah?

Sebanyak RM 8.6 juta dipohon untuk bayaran pampasan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad atas alasan pembatalan slot masa siaran iklan dan televisyen RTM. Apakah sebab-sebab pembatalan? Adakah bayaran pampasan ini dimeterai dalam perjanjian di antara Kerajaan dan Utusan Malaysia? <-- hehhehe.. woit bahlol. Ko ingat aku bodoh ka? Utusan tue pun ko punya juga. Apa benda yang korang melalut guna duit rakyat neh hah? Aku maki karang. Bukan kah selama neh free ja rtm iklan kat utusan? Woor kena bayar lah tue? Iklan sumpah laknat eskay pun kena bayar lah tue? BABI betul. Beginilah duit kita digunakan.

RM 30 juta dibelanja oleh Kementerian Dalam Negeri bagi maksud kawalan keselamatan semasa Pilhan Raya Umum DUN Sarawak. Ada kah jumlah ini luar jangkaan atau lebih daripada budget. <-- Untuk pilihanraya negeri yang begitu singkat iaitu cuma 10 hari je ko gunapakai 30juta utk kawal keselamatan? Ko lantik polis tambahan ka? Ke gaji overtime polis2 neh? Lagi bagus ko bagi data dan stastistik yang menyokong hal di atas neh.

Lagi lanjut korang baca sini. Kalau taknak sakit ahti jangan baca. Tapi kalau nak rasa sakit ahti sila baca.

Ameno : Petik duit dari pokok gamaknya kita semua neh.

Share this

1 Response to " Lagi juta2 terbuang disini... - kerajaan hang kaya sangat ka? "

  1. GIRN penting bila berlaku bencana melibatkan byk jabatan dia guna handheld sykt sapura. cth semua ambulans ada benda tu utk berhubung dgn hospital dan klinik kesihatan. bomba Ada, polis pun ada... pjg sgt nak explain... tp agak susah nak guna handheld dia,x friendly user. penting bila berlaku bencana. ia Di bwh majlis keselamatan negara, kerjasama dgn sapura. melibatkan byk jab kerajaan. tq

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...