Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Jun 2011

Surat online kepada SANDS @ developer 1pengguna.com

Aku memutuskan untuk menulis surat online kepada syarikat neh. Seperti mana yang korang tahu, aku memang gila2 tak puas ahti pasal harga tender neh tak munasabah dengan hasilnya. Bagi aku kalau kos tender tue bernilai hampir rm1.5juta sepatutnya hasil akhir product tue should reflect lah dengan quality dan nilai tender tue. Bukan nya kita paid harga chicken tapi got tauhu as return. Sapa puas ahti? Aku? Haramjadah. Jangan harap beb.

Salam ,

Kepada pihak yang berkenaan.

Saya selaku rakyat malaysia amat berminat untuk memberikan penilaian jujur di atas pengendalian website 1pengguna.com yang dibangunkan oleh syarikat anda baru-baru ini.  Seperti yang anda tahu sendiri website ini dibangunkan oleh syarikat anda dengan nilai tender ; rm1,478,000,00 ataupun hampir rm1.5juta.

Sila rujuk gambar di bawah ini ;


Tetapi malangnya hasil yang dipaparkan oleh syarikat anda tidak setimpal dengan tawaran tender kerajaan pusat. Selaku rakyat malaysia saya merasakan ini satu pembaziran. Malahan saya percaya ramai rakyat malaysia mempunyai fikiran yang serupa. Biar saya terangkan kepada anda mengapa saya beranggapan ianya satu pembaziran. 

Pertama sekali kerana anda mengguna custom website elgg. Anda guna mod izap elgg bridge. Elgg tu boleh di akses menerusi link di bawah ini ;


di atas theme yang bernama "theme seashells". Yang kemudiannya anda ubahsuai.

Di buktikan lagi dengan jawatan kosong yang di pamerkan di website syarikat anda. Lihat bawah ini ;


Yang boleh dicapai menerusi link ini  [Jangan delete pula lepas ini]. 

Saya kurang arif bagaimana projek ini diluluskan oleh kakitangan kerajaan untuk di 'edarkan' kepada khayalak. Saya percaya sebelum satu-satu projek di 'edarkan' untuk digunakan oleh orang awam sudah tentu ada QC yang akan memeriksa dan memantau "product" terlebih dahulu. Jika product ini telah menjalani ujian, kajian dan soal-selidik yang TELUS sudah tentu hasil product ini tidaklah seburuk dan seteruk ini.

Daripada pengalaman saya ketika mengakses web ini ;

1. Loading page yang lambat.

2. Kerap berlaku termination during connection meskipun internet connection saya stabil.

3. Tiada ciri2 user friendly

4. Paparan antaramuka yang kuno dan tidak sistematik.

5. Meminta password twitter sedangkan tahap sekuriti untuk pelanggan sangat lowest [longgar].

6. Meminta no ic ketika chatting. Ini abuse kepada pelanggan kerana maklumat dalam portal ini tidak secure dan menunjukkan kerajaan bersikap kukubesi. Sedangkan sesiapa sahaja patut diberikan peluang untuk berinteraksi bersama pemimpin during chatting.

7. Sistem chatting yang berterabur ;

- Tiada perbezaan dari segi warna untuk menentukan siapa admin, siapa menteri dan siapa pula chatters.

- Tiada icon dan kawalan SPAM.

- Sistem chatting yang hanya brfungsi ketika menteri online. Sepatutnya ia di aktifkan sepanjang masa.

- Antaramuka yang tiada kualiti. Sepatutnya jika ada sesi soal jawab bersama menteri perlu ada dua antaramuka yakni satu untuk soalan dari chatters dan satu pula jawapan dari pihak menteri agar keadaan lebih tersusun dan teratur. Sila rujuk sistem chatting macam di astro. Walaupun tidak lah bagus mana tetapi 10000x lebih tersusun.

8. Tiada bantuan teknikal untuk menerangkan bagaimana kah seseorang user boleh surf portal ini terutamanya untuk first time user. Saya bercadang untuk masukkan blog saya di dalam portal ini tetapi tiada penerangan sehingga saya tercari2 bagaimanakah caranya. Tetapi gagal mengesan sehingga kini.

9. Seiring dengan kemajuan sosial network, portal ini sepatut ada friendly intergration dengan twitter dan facebook. Tapi nampaknya tiada.

10. Tahap sekuriti yang cikai. Baru2 ini rileks crew telah berjaya menyelongkar laman web ini untuk tujuan kajian. Nampak gayanya mereka tak perlukan banyak skill kerana laman web ini tersangatlah cikai dari segi tahap keselamatan. Ianya boleh dihack dengan mudah dan capaian maklumat rahsia pelanggan boleh dilakukan dengan mudah. Laman web ini tidak seperti blog. Jika blog ada maafnya lagi kerana blog kendalian personal. Tetapi laman web ini dibayar oleh kerajaan. Maka kenapa pihak pengendali [sands] bersikap sambil lewa dalam menyediakan service kepada pengguna?

Nilai tender ini juga sangat tinggi berbanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Tempoh tender ialah selama satu tahun. Untuk hasil kerja satu tahun syarikat anda di bayar sebanyak hampir rm1.5juta tetapi anda cuba mengurangkan kos yang keluar sebab itulah anda menggunakan service jomlah.

Saya tidak pasti apakah motif anda berbuat demikian. Saya pun kurang pasti samada anda ataupun kerajaan yang menipu rakyat malaysia. Ataupun adakah kedua2 sekali? Jika anda tanya saya, persepsi saya ialah  ;

Tender terbuka adalah untuk mengaburi rakyat. Selebihnya anda tentukan apa yang berada dalam kotak fikiran saya.

Jika anda mengatakan bahawa rm1.4 juta ++ termasuk untuk kos promosi dan segala2nya, saya rasa rakyat malaysia "wont buy that". Kerajaan mempunyai kementerian penerangan untuk mempromosikan website ini. Saya seringkali melihat astro dan tv3 mempromosikan slogan kerajaan. Kenapa tidak gunakan langkah yang sama untuk mempromosikan website 1pengguna.com pula?

Sebenarnya terdapat ramai rakyat malaysia yang berbakat boleh membina portal ini. Malahan mereka mampu membina portal yang mempunyai fungsi2 yang lebih baik dari apa yang syarikat anda tawarkan. Soalnya kini tiada sesiapa pun yang mahu percayakan bakat mereka kerana mereka seperti saya iaitu tidak pandai membodek dan mungkin lebih dari itu.

Dari ;
rakyat malaysia yang sayangkan MALAYSIA.

Alamat email ialah ;  support@my-sands.com dan news@tv3.com.my 

Yang neh projek yang aku rasa ada kaitan dengan syarikat pasir neh.. ==> klik sini


Yang neh pula aku syak boleh dapat hadiah free.. ===> klik sini


Ameno : Aku dah email.. pe kata korang email sekali.. lagi ramai email lagi lah dorang rasa tertekan.. kah kah kah

Share this

1 Response to " Surat online kepada SANDS @ developer 1pengguna.com "

  1. Hi, I do think this is a great website. I stumbledupon it ;) I may return yet again
    since I book marked it. Money and freedom is the best way to change, may
    you be rich and continue to help others.

    Feel free to surf to my blog :: Linuxvpnrouter.Com

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...