Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 5 Jun 2011

Anwarisme tentukan hala tuju PAS

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Mereka juga berpendapat kemenangan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekali gus memecah tradisi bukan ulama memegang jawatan nombor dua dalam parti bagi tempoh 20 tahun, sebagai tanda perpecahan dalaman parti itu dalam usaha PAS mengubah haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berpendapat kemenangan Mat Sabu dan Datuk Husam Musa bagi jawatan Naib Presiden jelas menunjukkan perwakilan menolak kumpulan ulama dan semangat Anwarisme sudah mulai masuk dalam parti itu.

“Seperti dijangka, berdasarkan jumlah pencalonan diterima calon Timbalan Presiden, kehadiran Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya menyebabkan undi untuk ulama terpecah dua - satu untuk Nasaruddin Mat Isa dan satu untuk beliau sendiri, hasilnya kemenangan berpihak kepada Mat Sabu.

“Apabila kita gabungkan undi untuk Nasaruddin dan Tuan Ibrahim, jelas ia lebih besar daripada undi diperoleh Mat Sabu. Dari segi teknikal, mungkin kehadiran Tuan Ibrahim dilihat sebagai ‘kacau daun’ menyebabkan sokongan beralih kepada Mat Sabu yang dilabelkan kumpulan Anwariyyun,” katanya.

Tolong fahamkan aku kenapa umno marah sangat keputusan muktamar pas kali neh? Bukan kah bagi umno yang sesat itu PAS? Kenapa umno sibuk sangat urusan kain dalam pas yang mereka benci dan label macam2 neh? Heran aku.

Berita kat atas neh dipetik dari bh online.

1. Aku tak faham kenapa dari erdogan bertukar menjadi anwarisme sehinggakan perkataan anwariyyun boleh timbul? Apakah yang hebat pada anwar ini sehinggakan nama dia sahaja bisa mencipta pelbagai maksud? Kenapa umno memandang anwar begitu hebat sampaikan mereka fikir pengaruh anwar telah menetap dalam ahli pas?

Aku percaya majoriti perwakilan pas apabila membuang undi mereka tak fikir pasal anwar dalam kepala hotak masing2. Sebaliknya mereka fikir siapakah yang boleh lead pas agar pas boleh teruskan kerja2 parti sehingga rakyat faham halatuju pas. Isu anwar neh sebenarnya tak wujud langsung. Itu pasal aku heran kenapa umno lebih beria2 tahu bahawa perwakilan memilih disebabkan pengaruh anwar. Aku tak memandang anwar ini hebat. Aku cuma mengharapkan dia boleh lead malaysia untuk membuat perubahan. Kalau tradisi umno dia ikut lepas pegang negara, balun tetap aku balun.Aku tiada matlamat parti. Matlamat aku cuma kebenaran. Dan kebenaran pula bukan milik mana2 parti di malaysia neh.

2. Perpecahan dalam pas wujud pada saat pimpinan tertinggi mengkhianati kami. Ini aku cakap direct. Berjumpa umno dalam diam. Dari nafi kemudian mengaku. Takpe. Penjelasan diberi. Kami terima. Tapi usaha menentang kemungkaran tue takde. Bukan nak tuduh tapi kami ragu. Kalau sungguh taknak umno buatlah cara taknak umno. Ini nak hentam kezaliman umno kat parlimen pun taknak. Itu pasal kalah. Tapi itu sejarah. Masing2 akur dengan kekalahan dan kelemahan. Bagus. Pas sekarang berada di posisi terbaik. Pada yang kalah dah redha tapi apa pasal umno marah? Adakah rencana mereka telah tersasar? Padan muka.

Isu negara islam jadi negara kebajikan pun umno nak mendengki. Memang patut pun dari dulu lagi pas buat macam neh. Aku pernah cakap dulu. Pas kena berhenti tunjuk alim. Pas kena focus tunjuk baik. Kebiasaan masyarakat takut dengan orang alim. Tapi bukan pada orang baik. Nak fahamkan orang pasal islam kena tunjuk kebaikan islam. Memandangkan perkataan islam itu terlalu direct maka elok diganti dengan kebajikan. Aku sokong sangat. Jaga kebajikan rakyat ikut cara islam. Secara tak langsung pas promosi islam. Ini mendekatkan rakyat kepada islam. Tak kenal maka tak cinta. 

Bila mereka tahu kebaikan islam, insya-Allah mereka terima pentadbiran islam. Bila pas keluar dari entiti tunjuk alim dan masuk ke entiti tunjuk baik, insya-Allah pas akan raih sokongan. Lebih bagus buka keahlian pas kepada semua rakyat malaysia tanpa kira agama. Sebab islam for all. Islam bukan untuk orang islam je beb.

Umno sampai mati pun aku rasa takan biarkan pas bernafas dengan aman. Ini ciri2 orang yang tak boleh tengok kesenangan orang lain. Ahli + penyokong pas pula kena faham yang neh. Jangan biarkan umno mempengaruhi korang bahawa pas di kuasai oleh dsai. Dsai bukan sapa2 pun dalam pas sehinggakan perwakilan nak memikirkan dsai bila mereka buang undi.

Yang sebenarnya umno takut. Semakin kita erat dengan dsai, maka semakin kita faham perjuangan dan boleh menerima rentak reformasi. Sekaligus menjadikan matlamat kita semakin seiring. Ini yang umno takut. Mereka takut kita berpadu semakin rapat. Harapan umno nak menghancurkan pakatan seperti barisan alternatif semakin malap. Dan bila malap itu erti umno bakal mampos. Habis dan tamat.

Ameno : Yang kalah orang lain, yang riuh sekampung orang lain. apa kes?

Share this

0 Comment to " Anwarisme tentukan hala tuju PAS "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...