Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 Mac 2011

Santan kotak naik harga!



WOW.. korang pernah beli santan tak? Bukan santan timbang. Tapi santan kotak. Tadi aku pergi kedai. Aku beli santan kotak. Jenama ayam brand. Dia sebenarnya ada dua jenama kat kedai tue. Satu lagi brand apa ya aku lupa tapi warna kotak hijau + putih. Aku suka beli yang itu tetapi tadi takde pula. Dah habis. Masa aku nak bayar santan kotak tue aku tanya tokey kedai. 

"Berapa neh?"

"rm.2.40"

"Apa? 2.40? aik bukan ke 1.80 je? ble plak naik?"

"1.80 harga 2 bulan lepas. bulan lepas sudah 2.00. Ini sekarang stok baru semua 2.40."

"worrr"

Hah. Mampus aku. Aku mengaku aku jarang beli santan kotak. Aku sket beli kelapa dan perah sendiri nak jimat punya pasal. Tapi kelapa takde plak kat kedai tue. Santan timbang plak kat pasar je ada tapi lagi mahal. Isi dia lagi sikit dari santan kotak tue tapi harga dia lagi mahal.

Ble santan neh naik dan kenapa ia naik secara terperinci aku taktahu. Tapi aku rasa kalau perkara ini berterusan silap-silap esok ayam pun aku tak mampu beli. Ikan? Hah.. aku jarang makan ikan sebab aku memang tak suka ikan. Tapi dalam kes lain ikan sebenarnya lagi mahal dari ayam. Kalau ikan cencaru, talapia laut, sardin, kembung, tenggiri dan pari aku layan. Tapi neh kategori ikan mahal. Tahu tak baru-baru neh kat pasaraya aku tengok harga ikan selar kuning [besar] sekilo rm14. Mahal nak mampos. Takde sapa beli berebut-rebut. Tapi ikan cencaru [besar] yang agak lama dijual sekilo rm4.90. Dan agak berebut-rebut orang beli. So bukan aku sorang je terdesak dan sengsara ble barang naik. Orang lain pun rasa apa yang aku rasa..

Menteri nak naikkan harga itu ini aku takde kesah sangat. Tapi masalahnya tengoklah situasi dan keadaan semasa. Naikkan harga barang makanan kena naikkan gaji gak. Buatlah gaji minima untuk pekerja swasta sebab sekarang neh pekerja swasta menerima tamparan yang paling hebat dek kenaikan kos sara hidup. 

Tetapi tidak pula aku kata pekerja kerajaan hidup dengan baik. Yelah semua orang sedang tertekan berikutan peningkatan kos sara hidup. Aku, ko, dan kita semua. Masing-masing pecah otak untuk tambahkan kemahiran diri [macam aku] supaya boleh terus survive di malaysia neh. Tapi masalahnya sampai ble? Sampai ble kenaikan ini akan berhenti mengangu kita? Kalau terus naik dan naik.. kita akan makin terhimpit.. Kerajaan dari sekarang kena buat pelan. Pelan untuk mengeluarkan kita rakyat malaysia dari masalah seperti ini. Rakyat dah habis iktiyar sebenarnya. Kena kerja keras? Kami dah buat. Kena kerja lebih masa? Pun kami dah buat. Kena tambah kemahiran diri? Pun kami buat. Kena pelbagaikan punca rezeki? Pun kami dah buat. So apa lagi? Takan nak desak kami semua ke jalan mati sedangkan kerajaan sendiri tak berjimat cermat dan mengamalkan gaya hidup boros?

Kerajaan patut lebih tahu yang mereka memang tak telus dan amanah dalam membelanjakan wang rakyat. Kalau ini mereka tak ubah, maka kita akan terseksa sampai bila-bila. Kesabaran manusia ada hadnya. Kalau pada hari ini kami mungkin boleh bersabar tetapi jangan fikir esok lusa fikiran kami akan kekal. Jika kami tersiksa dan didesak secara berterusan.. jangan fikir kami akan diam.


Ameno : Modal nak buat nasi lemak untuk 4 orang makan. santan kotak rm2.40. Telur rm3. Ikan bilis 50g rm1.30sen. Itupun dah habis jimat.

Share this

6 Responses to " Santan kotak naik harga! "

  1. lorr..patut la gi pasaraya tgk hrga dah naik..igtkan pasaraya tu je yg mahal..huhu...jenuh laaaa.....semua naik hrga..ikan skrg mmg mahal.kami yg ddk kat lumut ni dkt dgn lsut,tp mahal gak ikan nye..smpai x tau nak masak ape..anak2 x suka ayam,daging..ikan mana2 pun mahal..

    BalasPadam
  2. ko lupa ramuan penting nak buat nasi lemak.. beras...

    BalasPadam
  3. cakap mntri kbinet apco>>
    eleh hrga kat s'pore,thai lg mhal.
    ini hrga naik sbab nak ajar rkyat brjmat,jgn blnja,mkn bnyak.nnti kena penyakit..kalau boleh jgn mkn trus,biar cpat2 mti.jimat subsidi krjaan..duit lbih subsidi ni boleh la bg kat laki najib..rkyat msti brsykur,kami umngok yg bg mkn,

    BalasPadam
  4. boikot santan kotak.aku suke beli kelapa parut.perah sendiri..berganda2 santan bole dapat.bole mkn byk 2 sampai sakit jantung..hahaha

    BalasPadam
  5. boikot santan kotak.aku suke beli kelapa parut.perah sendiri..berganda2 santan bole dapat.bole mkn byk 2 sampai sakit jantung..hahaha

    BalasPadam
  6. cakap mntri kbinet apco>>
    eleh hrga kat s'pore,thai lg mhal.
    ini hrga naik sbab nak ajar rkyat brjmat,jgn blnja,mkn bnyak.nnti kena penyakit..kalau boleh jgn mkn trus,biar cpat2 mti.jimat subsidi krjaan..duit lbih subsidi ni boleh la bg kat laki najib..rkyat msti brsykur,kami umngok yg bg mkn,

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...