Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 28 Februari 2021

Parlimen Dibenarkan Bersidang, PM Dan Menteri Undang-Undang Krik³.

NURUL ASYIKIN | Pada 24 Februari 2021, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut;


- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.

- Baginda menegaskan bahawa sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak Eksekutif, Kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut.

- Tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.

Ini bermakna;

1. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh membuka Parlimen dan membenarkan perbahasan mengenai perjalanan kewangan dan pentadbiran negara.

2. Takiyuddin sebagai Menteri Undang-Undang boleh merujuk perlembagaan dan menasihati PM mengenai titah YDPA berhubung pembukaan Parlimen dan segera memulakan proses bagi membuka semula persidangan Parlimen.

Kenapa krik krik krik sehingga ke hari ini. Sejak Agong bertitah, sudah masuk hari keempat, kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai tarikh pembukaan semula Parlimen.

Speaker pun tak cakap apa-apa.

Mungkin sibuk mencari sokongan luar? Tak perlu mengelabah sangatlah. Jika terbukti jer TSMY hilang majoriti dan takut sangat hilang kuasa dengan cara khianat mengkhianati; maka bubarkan je la Parlimen tu. 

Benda boleh bubar buat apa nak sambung hayat dengan beli jiwa raga MP. Perkara seperti ini memang la tidak merugikan ahli-ahli politik tetapi yang sakitnya rakyat. 

Nak kena mengadap masalah drama politik tak berkesudahan. Buat kerjanya tak seberapa wayang je lebih. Rakyat kat bawah muak makan popcorn. 

PM sepatutnya buka je Parlimen tu sebab ada banyak perkara kita nak bahaskan, antaranya;

- Masalah pengangguran; adakah skim yang digerakkan kerajaan mencapai sasaran? Bagaimana pula dengan mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan hilang kerja? Ingat majikan nak ke ambil golongan-golongan seperti ini? Apa inisiatif kerajaan? Ini merupakan masalah tau.

- Disebabkan ramai hilang kerja, dan disebabkan kematian ketua keluarga angkara covid19, maka ada keluarga tak mampu bayar rumah. Bukankah kerajaan patut kaji balik cara bank-bank ini kutip pinjaman dan proses lelongan disebabkan covid19? Perlu diberikan kelonggaran.

- Kerana covid19 juga bisnes-bisnes hotel, dan sewaktu dengannya tersadai. Yang bekerja kena buang disebabkan bisnes melingkup. Apa yang kerajaan boleh buat mengenai hotel-hotel sebegini? Takde apa-apa usaha ke yang boleh dilakukan untuk kembalikan perniagaan mereka?

- Kerajaan sebenarnya ada banyak tanah. Apa kata kerajaan berikan tanah-tanah tu kepada rakyat yang tiada rumah, jadikan ia tanah lot dan kutip hasil; focus kepada yang tiada rumah je. Sebenarnya perkara ini memang boleh mohon tapi karenah biokrasi tu masalah; baik wujudkan satu sistem bersepadu antara pusat dan negeri. Zaman dah serba canggih tak akan cara kerja kuno lagi.

Ini antara perkara-perkara yang MP-MP perlu bawa dan angkat ke dalam Parlimen dan bahaskan demi kepentingan bersama. Tapi kita stuck disini; balik-balik isu jualbeli MP, sokongan, lompat. 

Sampai bila? Awal-awal dulu best la drama bagai sekarang neh dah setahun lebih berputar kat sini jer. Berani la sikit hadap PM tu. Masa khianat tak fikir pula orang akan balas balik. Sekarang baru nak mengelabah sakan. Sampai rakyat jadi mangsa. - 28 Feb 2021.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...