Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 28 Februari 2021

Tebrau Dedah Sebab Sokong Muhyiddin Kerana Nak Bantu Rakyat.

KENYATAAN MEDIA | Hari ini saya mengisytiharkan sokongan saya kepada YAM Perdana Menteri oleh sebab beliau faham dan setuju dengan keperluan saya untuk ada akses kepada dan berjumpa dengan semua menteri dan ketua agensi Kerajaan untuk membangkitkan dan cuba menyelesaikan isu-isu rakyat yang selama ini disampaikan kepada saya melalui pelbagai saluran. 


Isu banjir kawasan, Isu pembuangan sampah haram, Isu along yang bertambah teruk, Isu scam yang bertambah teruk, Isu PPR dan Rumah Pangsa Kos Rendah/Murah, Isu perlesenan berjenis-jenis di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan yang menghalang kemasukan pelaburan asing, isu pencemaran sungai, Isu dan masalah perusaha kecil dan sederhana, isu pekerja asing dan tempatan semua harus ditangani dengan secepat mungkin.

Saya berharap dengan pengalaman saya sebagai akauntan, juruaudit luar dan dalaman, agen cukai dan perunding perniagaan selama 40 tahun, saya boleh bekerjasama dengan semua menteri dan agensi Kerajaan untuk mencari penyelesaian untuk isu-isu tersebut.

Saya sudi membantu mana-mana pihak Kerajaan khususnya di dalam bidang kepakaran saya. Sekiranya dipanggil, saya sudi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk mencari atau merancang atau merangka sistem percukaian supaya hasil kutipan cukai akan meningkat dan pada masa yang sama tidak membebankan kumuniti perniagaan dan rakyat.

Saya berharap juga menjadi orang tengah atau jambatan (bridge) di antara Kerajaan dan komuniti perniagaan supaya isu-isu rakyat dapat perhatian Kerajaan.

Steven Choong
Ahli Parlimen Tebrau

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...