Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 13 Disember 2020

'Sarawak Darul Hana' Tidak Mengubah Identiti Negeri - PAS Sarawak.

Free Malaysia Today | PAS Sarawak mempertahankan penggunaan istilah Darul Hana untuk Sarawak dan menafikan dakwaan aktivis negeri berkenaan bahawa parti itu cuba mengubah identiti Sarawak daripada sebuah negeri sekular kepada negeri yang fokus kepada hanya satu agama.


Kerajaan negeri dan industri pelancongan biasanya merujuk Sarawak dengan istilah deskriptif Bumi Kenyalang.

Pesuruhjaya PAS negeri Jofri Jaraiee berkata istilah Darul Hana digunakan ketika pemerintahan Sultan Tengah dari 1627 hingga 1657 dan ia juga bermaksud sebuah tempat yang harmoni dan selamat kepada semua orang.

Bagaimanapun lima NGO tempatan berkata, penggunaan istilah deskriptif itu secara berterusan akan menggugat keharmonian kaum dan agama di negeri itu.

Mereka mendakwa PAS memutarbelitkan sejarah, dengan berkata, Sultan Tengah hanya memerintah kawasan kecil di sekitar Kuching hari ini dan hanya merupakan sebahagian kecil daripada Sarawak.

Jofri berkata istilah “Sarawak Darul Hana” mungkin asing kepada rakyat Malaysia kerana kurang kajian berhubung sejarah sebelum pemerintahan British.

“PAS akan terus menggunakan perkataan Darul Hana selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara kerana ‘Darul Hana’ bermaksud tempat yang aman,” katanya.

Jofri menafikan terdapat percubaan untuk mengubah nama negeri dan mendakwa pengkritik “cuba menimbulkan tanggapan yang salah bahawa PAS Sarawak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam”.

Pada Ahad, protes terhadap penggunaan istilah berkenaan dikeluarkan oleh Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS), Kongres Kebangsaan Dayak (DNC), Persatuan Iban Sarawak (PAIS), Persatuan Balang Balai Nyabong (BBN) dan Persatuan Dayak Iban Sarawak cawangan Miri.

Mereka berkata Sarawak moden bukan kesinambungan kesultanan Tengah yang hanya bertahan selama 30 tahun dan istilah Darul Hana “tidak pernah digunakan sejak penubuhan kerajaan moden Sarawak pada 1841.” - 13 Disember 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...