Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Disember 2020

Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan Kerana Tak Puas Hati Isu PPE.

POLITIK | Sejumlah ahli parlimen pembangkang keluar dewan sebelum undi belah bahagi dibuat bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Usul undi belah bahagi itu pula sebenarnya dicadangkan oleh Ahli Parlimen pembangkang namun mereka keluar dewan beramai-ramai sebelum undi belah bahagi dimulakan.

Disebabkan itu, PN menang bergaya dalam undi belah bahagi RUU Kementerian Wilayah iaitu 110 berbalas 7 dari wakil yang menolak.

Sebelum keluar, Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan Speaker yang membenarkan Ahli Parlimen yang menjalani kuarantin hadir ke Dewan Rakyat dengan memakai PPE.

Speaker kemudiannya memberikan penjelasan kenapa menteri dibenarkan langgar kuarantin namun pihak pembangkang nampaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Azhar Azizan Harun mengenai kehadiran tiga ahli parlimen yang memakai suit PPE lalu bertindak keluar dari Dewan Rakyat.

Bagaimanapun bukan semua Ahli Parlimen pembangkang keluar dari dewan. Yang tinggal itulah memberikan undi sebanyak 7 dan ada yang bertindak masuk semula selepas keluar untuk mengikuti perbahasan RUU belanjawan seterusnya. - 14 Disember 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...