Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 April 2020

Video Rempuhan Polis Di Tambak Johor, Menteri Pertahanan Sahkan Polis Ambil Tindakan Pada Penyebar Fake News.

POLITIK | Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu terutamanya dakwaan viral yang mengatakan kemasukan beramai-ramai pekerja Malaysia dari Singapura sehingga merempuh polis di Tambak Johor.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata tiada sesiapa yang boleh terlepas sekiranya didapati menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan masyarakat panik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita lihat viral dalam media sosial, ada seorang individu yang saya kira tidak bertanggungjawab, telah sebarkan berita palsu dengan menular satu video tentang rempuhan di Tambak Johor.

“Seolah-olah rakyat Malaysia balik serentak begitu ramai di sana sehingga berlaku satu keadaan yang panik atau keadaan yang tidak terurus di Tambak Johor.

"Saya dimaklumkan polis telah kenal pasti mereka yang terlibat dan tindakan undang-undang akan diambil,”
katanya dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu mahu semua pihak menghentikan penyebaran berita palsu kerana ia tidak membantu kerajaan.

“Perlu saya ingatkan bahawa tidak ada siapa yang terkecuali dan lebih tinggi daripada undang undang. Sesiapa sahaja tidak akan terlepas begitu saja, walau apa kedudukan sekali pun.

“Saya amat berharap, saya menyeru kepada semua, cukuplah, hentikan penyebaran berita palsu kerana ia tidak membantu rakyat dan kerajaan,”
katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dikecam netizens kerana menyebarkan berita palsu.

Ahli Parlimen itu dilihat menyebarkan berita palsu itu malam tadi di halaman Facebooknya sebelum bertindak memadamkan ia.

Pentadbir halamannya juga memohon maaf kerana menyebarkan berita palsu bagaimanapun rata-rata netizens tidak mengedahkan permohonan maaf itu dan mempersoalkan benar ke pentadbir halaman yang memuatkan post fitnah tersebut atau Ahli Parlimen Kuantan itu sendiri. - 10 April 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...