Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 April 2020

Tentera Pakai Helmet Untuk Elak Air Kencing Adalah FAKE NEWS - ATM.

SEMASA | Hari ini beberapa portal media tempatan melaporkan kononnya anggota tentera yang bertugas di Selangor dan Malayan Mansion terpaksa memakai helmet bagi mengelakkan air kencing dan lemparan tahi warga asing yang protes terhadap arahan kerajaan yang mengenakan perintah berkurung.


Warga asing itu dilaporkan telah melemparkan plastik yang dalamnya mengandungi tahi dan air kencing kepada anggota tentera kerana berang diarahkan berkurung tanpa makanan.


Perintah Berkurung Diperketatkan dikeluarkan selepas 15 penghuni di kedua-dua flat itu direkodkan positif covid19 pada 6 April selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan KKM bermula 31 Mac lepas. 


Bagaimanapun dalam satu kenyataan yang dilaporkan Bernama hari ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan yang tular itu.


Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian.

“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).

“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,”
katanya dalam kenyataan itu.



Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Wilayah, Datuk Seri Annuar Musa memaklumkan pihaknya telah menyediakan makanan 3 kali sehari kepada semua yang diarahkan berkurung di Selangor dan Malayan Mansion.



Hari ini media melaporkan
seramai 32 warga asing penghuni flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion, yang disyaki positif COVID19, dibawa keluar dari kawasan berkenaan.


Kesemua mereka dibawa menaiki sebuah bas keluar dari kawasan Jalan Bonus, diiringi pihak polis dan sebuah ambulans.

Mereka dilihat dipindahkan dari kediaman masing-masing bermula jam 12.50 tengahari tadi sebelum diarahkan menaiki bas seorang demi seorang.

Bas dinaiki semua warga asing berkenaan dilihat keluar dari kawasan itu pada jam 3 petang. - 10 April 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...