Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Mac 2020

Beberapa Kegagalan Dalam Restricted Movement Order Dan Cadangan Penambahbaikan.

POLITIK | Kita sekarang berada di fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

18 Mac adalah hari pertama larangan ini dikuatkuasakan, sehinggalah berakhir pada 31 Mac. Terdapat beberapa kegagalan dalam arahan ini yang nampaknya tidak ditanggani secara baik.


1. Sebaik sahaja arahan keluar, IPT telah mengarahkan kesemua pelajarnya mengosongkan hostel dan kolej kediaman. Kesemua pelajar ini haruslah kita faham, mereka berada dalam mood yang keliru. Pelajar yang ada ibu bapa, berduit, rumah agak dekat, mungkin boleh pulang. Tetapi pelajar yang jauh macam rumah keluarganya di Sabah dan Sarawak, tidak berduit, dan keluarganya tidak berkenderaan, selepas itu terikat dengan komitment kerja part - time, apabila dihalau keluar dari kediaman, mereka menjadi buntu secara tiba-tiba. Situasi semakin meruncing apabila mereka diarahkan balik secara serentak, membuatkan TBS menjadi sesak. Gambaran itu kemudiannya disebarkan netizens, dan mereka menjadi mangsa kecaman di sosmed. Apabila dipertikaikan, PDRM dengan segeranya mengeluarkan larangan keluar ataupun balik kampung. Kena ada borang. Pelajar ini sekali lagi keliru. Kerana memikirkan jika gagal pulang ke rumah sebelum jam 12 malam, adakah berkemungkinan dia perlu tinggal di KL tetapi tiada hostel, kat mana dia nak tidur selama 2 minggu ini. Apabila dihubungi Syed Saddiq, IPT menafikan ada arahan 'menghalau' pelajar balik, tetapi berdasarkan semakan kami, arahan itu adalah benar. Selepas balai sesak dengan ribuan orang datang mengambil borang, PDRM membatalkan arahan. Dan pagi tadi, Kementerian baru sahaja mengeluarkan arahan kepada IPT jangan suruh pelajar balik. Tetapi oh my Allah, hostel dah krik krik krik. Jadi apa yang patut kita buat? 

- bagi yang dah balik tu, biarlah mereka balik. KKM akan terus kempen mengenai kebersihan diri. Semua pelajar tolong patuh arahan.

- bagi yang belum balik, dan masih struggle samada punya duit ke tidak untuk terbang ke Sabah dan Sarawak, usahlah pulang. Duduk diamlah di hostel dan IPT kena pastikan mereka punya makanan yang mencukupi. Jangan pula lepas neh kita dengar mereka bergelut dengan masalah kelaparan dan tak punya wang untuk beli makanan.

- Ini adalah try and error. Pastikan MKN dan agensi terbabit memasukkan senario ini dalam laporan mereka supaya kita lebih bersedia pada masa akan datang.

2. Penjaga kecil, pasar malam, tani, karat, food truck dan semua perniagaan bergerak, perlu menutup operasinya. Ini adalah masalah besar kepada golongan ini. Mereka ini tak semuanya mempunyai simpanan at least untuk cover perbelanjaan selama 2 minggu. Ada yang gaji harian. Hari ini meniaga, dapat duit, cover modal esok, makan esok, jika esok tak meniaga? Modal kemana, duit belanja ke mana. Sungguhpun memahami kepentingan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan adalah demi keselamatan kita semua, golongan ini perlu dibantu dari segi kewangan.

- oleh itu, kita harap kerajaan kaji balik Pakej Rangsang Ekonomi bagi memasukkan kumpulan ini.

- macam biasa, masukkan senario ini dalam laporan untuk tujuan akan datang.

3. Penutupan semua taska dan pusat jagaan anak-anak. Ini memberikan masalah kepada golongan yang perlu bekerja contohnya sektor kesihatan, pembuatan, perkhidmatan, perkilangan dan industri. Macam, boleh ke kita hentikan operasi gas and oil? Nanti kita kehabisan minyak, kemana rakyat nak isi? Pekerja dalam industri-industri ini ada anak. Ke mana anak nak dihantar? Balik kampung? Ada cuti ke pun staff KKM? Jika suami isteri staff KKM, lagi masalah. Bukankah patut ada pertimbangan kedua bila diarahkan penutupan semua pusat jagaan anak-anak ini? Paling kurang, bantu mereka untuk difikirkan kaedah terbaik, di mana mereka boleh meletakkan anak-anak mereka, di tempat yang selamat. Beri kelonggaran mungkin taska dan pusat jagaan anak-anak tak patut dilibat dalam operasi tutup perniagaan tetapi mereka perlu amalkan tahap kebersihan yang tinggi.


4. Bagi kedai-kedai yang perlu menutup operasinya kerana kekurangan pelanggan, paling tidak pun, fikirkan sewa bulanan dan gaji yang perlu dibayar. Apakah kaedah terbaik untuk meringankan tanggungan mereka. Bukan semua kedai ada keuntungan yang besar. Kedai-kedai kecil ini lepas bayar tanggungan je. Sebulan dapat simpan RM200 bersyukur dah.

5. Orang-orang berduit telah melakukan panic buying. Kat sini, kita melihat mereka tidak memahami arahan. Senario ini perlu ada dalam laporan untuk proses penambahbaikan di masa akan datang. Pertama, sebelum mengeluarkan kenyataan mahu partially lockdown atau totally lockdown, semua pihak yang terlibat dalam operasi itu perlu diberikan briefing. Maknanya, pasaraya besar, peniaga rangkaian,  perlu mendapatkan maklumat awal. Beritahu kepada mereka, apa rancangan kerajaan, supaya pasaraya ini boleh buat persediaan. Misalnya, kenakan had pembelian. Contohnya 1 orang 3 paket gula ke. Yang ada banyak duit, mereka boleh beli banyak-banyak. Simpan stock. Tapi bagi yang tiada duit, mereka cenderung cari langkah berjimat cermat, mereka beli kat pasaraya besar kerana pasaraya besar selalunya harga mereka lebih murah dari kedai runcit. Kalau 1 barang jimat 40 sen, 10 barang maybe jimat rm10. Sikit kan? Tapi macam tu la orang takde duit berfikir. Selagi boleh jimat, mereka jimat. Tapi sekarang mereka nak jimat pun dah susah bila orang berduit neh borong satu pasaraya macam esoknya tak boleh keluar. Dan yang lebih bermasalah, jika ada peniaga sengaja ataupun terpaksa naikkan harga barang kerana bekalan kurang. Ini sekali lagi menyusahkan orang miskin. Oleh kerana itu, kerajaan dibawah komunikasi, perlu tackle senario ini. Selain dari melakukan penerangan dan hebahan maklumat yang bertujuan mendidik rakyat, perlu juga 2,3 hari persediaan awal. Lainkali tak boleh mendadak buat sekatan pergerakan tanpa disertai maklumat awal. Contohnya pada 16 Mac dah putuskan nak buat sekatan, pada 16 Mac itu jugalah menteri berkaitan perlu bermesyuarat dengan agensi penerangan, beri semua maklumat penting supaya media boleh menulis dan menerangkan kepada rakyat. Pada 17 Mac, barulah buat pengumuman rasmi. At least ada gap masa untuk rakyat fahamkan situasi dan kuranglah sikit panik mereka tu. Hantar SMS, buat iklan di sosmed dan TV, ulang-ulang supaya rakyat sentiasa alert. Situasi sekarang neh, berbeza. Pengumuman rasmi terus buat rakyat panik walaupun ada selang masa sehari. Buat hebahan dulu, then baru umumkan secara rasmi. Sempat juga la mereka nak bergaduh2, berbincang2, bertumbuk2 dan berpolitik kat sosmed tu sementara disahkan kerajaan kan.

6. PDRM kena tegas. Jangan bagi muka pada mereka yang meremehkan larangan. Bawa mereka kat penjara, tak selesaikan masalah. Nak ajar dorang neh, senang je. Jika kantoi je, rampas HP. HP tu dah macam nyawa dorang. Langsung tak boleh lekang. Ada banyak memori dan sejarah. HP kena rampas. Kunci kereta dan motor kena rampas. Confirm. Meroyan depa. 

7. Semalam, ramai dah berlepas ke kampung. Selepas seminggu dua, entah apa yang berlaku di kampung-kampung. Kerajaan kena kaji senario ini dan fikirkan alternatif andai kita menghadapi musibah, di mana jangkitan lebih merebak dan tak terkawal. Pada ketika inilah, kajian perlu dibuat supaya bila kita menghadapi masalah tersebut, pelan sudah ada.

8. Wujudkan pasukan pemantau. Pasukan ini peranan dia, pantau senario. Apa yang berlaku dalam masa 2 minggu ini, dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini, kena ada laporan. Mesti lengkap. Laporan itu perlu disimpan. Untuk rujukan pada masa akan datang. Bila berlaku lagi situasi yang sama, kita akan lebih bersedia. Tukarlah kerajaan 10 kali pun. Jika kita ada satu SOP yang betul, insya-Allah kita boleh menanggani. - 18 Mac 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...