Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Mac 2020

#Covid19, Beri Data Percuma Untuk Pengguna, Seru UMNO Kepada Syarikat Telekomunikasi.

Shahril Sufian Hamdan | 10GB DATA PERCUMA: KEUNTUNGAN SYARIKAT TELCO SUDAH SEKIAN LAMA TINGGI - INI MASA BERKONGSI DENGAN RAKYAT

Amat bersetuju dengan saranan Shahrul Fadhel agar syarikat-syarikat telekomunikasi berkorban sedikit keuntungan mereka membantu rakyat Malaysia tatkala Perintah Kawalan Pergerakan #Covid19. Berikan data percuma. Ramai yang perlu kerja dari rumah, bukannya mereka duduk goyang kaki semata.








Saya tak perlu ulas panjang, hujah beliau tepat sekali. Cuma nak tambah, bukan 5GB tetapi 10GB pun syarikat telco mampu.

Untuk makluman, keuntungan telco Malaysia adalah amat tinggi berbanding negara lain (semak lampiran). Di negara-negara maju seperti UK dan AS, marjin perolehan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (pendek kata, marjin keuntungan) telco lazimnya 20%. Di Malaysia, 50%.

Kalau nak kira julat keuntungan bersih pun, telco negara kita jauh lebih tinggi dari negara lain. Boleh tengok sendiri di bawah.

Lazimnya bila bercakap tentang soal pendapatan rakyat, soal naikkan gaji, atau apa-apa sahaja yang memberi kos kepada sektor swasta, hujah balas adalah "ini pasaran bebas; syarikat tak mampu" dan sebagainya.

Hakikatnya, banyak syarikat besar yang mampu. Soalnya nak atau tak nak buat sahaja. Ini bukan ketika yang biasa - ini senario luarbiasa. Harap mereka buktikan bukan hanya Kerajaan, penjawat awam, pekerja kesihatan dan rakyat biasa berkorban dalam menghadapi krisis ini. Berkongsilah sikit keuntungan tu dengan rakyat.


-----------

Saranan :  Shahrul Fadhel

Kepada Pembekal Rangkaian Internet, Syarikat Telekomunikasi.

Di saat Malaysia berdepan dengan bencana Wabak Virus Covic 19 ditambah pula dengan arahan Kerajaan “Perintah Kawalan Pergerakan(Movement Control Order)” majoriti Rakyat Malaysia diarahkan berkerja di rumah masing-masing sehingga 31 Mac 2020.

Sudah tentu lebih data internet diperlukan bagi menyiapkan tugasan. Bagi yang mempunyai jumlah data yang sedikit, mereka terpaksa membuat pembelian Data tambahan daripada Pembekal Rangkaian.

Tidak terkecuali juga buat Penuntut IPTA yang terpaksa menanggung beban ini. Malahan ada juga Pelajar di peringkat sekolah diminta untuk belajar di atas talian(online learning).

Oleh yang demikian, bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh kebanyakkan RAKYAT MALAYSIA, saya menyeru supaya Syarikat Telekomunikasi/Pembekal Internet Di Malaysia supaya memberikan DATA PERCUMA buat seluruh Pelanggan Persendirian mereka sebanyak 5 Gigabytes sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan(31 MAC 2020)

Semoga sedikit sumbangan Korporat kalian dapat meringankan beban RAKYAT MALAYSIA dan segala Urusan Pejabat, Pembelajaran Pentadbiran boleh berjalan lancar walau kami berada dirumah. - 19 Mac 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...