Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Januari 2020

Bekas Wartawan Utusan Gembira Maszlee Letak Jawatan.

Husaini Amran | MASZLEE VS MEDIA

Kami orang media tau sangat perangai Maszlee dan anak-anak buahnya. 

Saya pun pernah jadi 'mangsa' dia.




Saya sudah lupa tarikh kejadian tetapi masa lebih kurang pukul 9 pagi, pertengahan tahun 2018.

Saya bertugas di Parlimen minggu itu dan memandangkan malam sebelumnya sidang habis pukul 11 malam, saya masuk kerja lewat.

Sedang minum pagi, bos telefon dan minta saya temu bual eksklusif Maszlee untuk Mingguan Malaysia yang telah dipersetujui oleh dia sendiri di Parlimen.

Saya juga perlu memberi draf soalan-soalan yang bakal ditanya kepada pegawai perhubungan awam Kementerian Pendidikan.

Salah satu soalan itu menyentuh tentang isu arahan Kementerian Pendidikan membatalkan langganan Utusan Malaysia di sekolah-sekolah.

Maka kelam-kabutlah saya memandu sehingga 140 km/jam dari Kota, Rembau ke Parlimen sebab hendak mengejar masa.

Dalam hati, macam-macam sumpah seranah keluar.

Dipendekkan cerita, saya berjaya sampai di Parlimen lebih kurang pukul 11.50 pagi.

Keluar dari kereta, saya baca mesej WhatsApp daripada rakan setugas bahawa wawancara ditangguhkan sebab Maszlee ada perjumpaan dengan Tun Mahathir.

Pukul 1 tengah hari, rakan setugas memberitahu wawancara dibatalkan sebab Maszlee perlu membuat persiapan untuk ke Jepun selepas berjumpa dengan Tun Mahathir.

Malangnya, Maszlee tidak berkata yang benar kerana apabila rakan setugas bertanya dengan bentara Dewan Rakyat, dia sebenarnya ada dalam sidang selepas waktu rehat tengah hari.

Mungkin juga dia membatalkan wawancara selepas melihat soalan cepumas yang bakal ditanya.

Sepatutnya dia bersikap gentleman dan tidak memberi macam-macam alasan untuk mengelak daripada ditemu bual.

Sememangnya Maszlee terkenal dengan reputasi 'menteri lari-lari' dalam kalangan pengamal media tempatan.

Tak hairanlah bila tular video tentang dia tidak menjawab soalan seorang wartawan berhubung isu komik prokomunis tahun lalu.

Memang begitu perangai dia yang suka memberi jawapan kebudak-budakan bila ditanya wartawan tentang isu semasa yang panas.

Dia dan pasukannya lebih gemar mengambil jalan mudah menyalahkan media bila dia sendiri yang tersalah jawab dalam sidang akhbar.

Kalau semua media melaporkan perkara yang sama, tak logiklah semuanya tersalah lapor.

Malah, seorang pegawai kanannya pernah melakukan buli siber terhadap seorang wartawan wanita Utusan Malaysia sehingga menyebabkan rakan setugas saya itu dimaki hamun oleh netizen yang rata-ratanya penyokong Maszlee.

Walaupun saya tidak lagi bergelar wartawan, saya sangat gembira apabila Maszlee meletakkan jawatan.

Tiada lagi pengamal media yang akan menjadi mangsa ketidakmatangan Maszlee dan pasukannya ketika berdepan isu-isu panas berkaitan pendidikan negara.

Tak payahlah guna alasan berdepan tekanan yang  maha hebat dan sebagainya.

Tekanan yang dihadapi Tun Mahathir jauh lebih hebat dan beliau sentiasa tenang menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak media.

Maszlee, belajarlah dengan Tun Mahathir bagaimana untuk berdepan dengan media.

Kami pun tak diminta dilayan seperti VVIP, cukuplah sekadar menyantuni kami sebagai manusia yang ada maruah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...