Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Disember 2019

Hanif Khatri Jadi Peguam Yusoff Rawther, Netizens Membawang Mengenai Konspirasi Politik.

NURUL ASYIKIN | Nampaknya tindakan Tuan Hanif Khatri mengambil kes Yusoff Rawther mengundang pelbagai spekulasi liar di laman sosial sejak semalam.

Pelbagai pihak, tak kira partisan, khususnya pengkritik, dan penyokong Anwar memandangnya ia sebagai satu lagi konspirasi politik.

Kes Yusoff adalah merujuk kepada dua insiden berbeza.

Yang pertama : Yusoff mendakwa diserang secara seksual oleh Anwar Ibrahim pada 2 Oktober 2018 di rumah pemimpin itu, lebih kurang jam 3 petang.

Yang kedua : Yusoff mendakwa diserang secara fizikal oleh Farhash, yang dipercayai ada kaitan dengan insiden pertama, di pejabat, sekitar bulan Mei 2019.

Yusoff membuat akaun bersumpah pada 19 November 2019, setahun selepas mendakwa diserang secara seksual. Kenapa selepas setahun barulah Yusoff membuka mulut, masih menjadi tanda-tanya.

Sehari sebelum Kongres Nasional PKR di Melaka.

Dan 6 bulan sebelum Mei 2020, tarikh peralihan kuasa yang sepatutnya berlaku di antara Tun dan Anwar.

Apa akan terjadi jika Anwar Ibrahim didakwa dalam kes ini? Ini bermakna, tarikh peralihan kuasa tidak akan berlaku dalam jangka masa terdekat.



Anwar punya masa, paling kurang, 6 bulan untuk membebaskan diri dari pertuduhan ini. Samada dibersihkan polis, ataupun pertuduhan tidak dapat disabitkan.

Lebih lama masa digunakan untuk membebaskan diri dari tuduhan itu, maka lebih jauhlah tarikh peralihan kuasa.

Atau boleh jadi tarikh peralihan kuasa itu tidak akan berlaku sampai bila-bila.

Samada benar atau tidak dakwaan Yusoff, itu adalah kerja polis untuk menentukannya.

Dan ramai melihat tindakan Hanif Kathri yang mewakili Yusoff Rawther merupakan satu lagi percubaan untuk menghancurkan Anwar, yang didalangi oleh Tun Mahathir.

Ketika ini, PKR telah berpecah dua. Mereka bergaduh sesama sendiri.

Dan kini kem Anwar bergaduh pula dengan kem PPBM, Tun Mahathir - atas pelbagai sangkaan, disebabkan tindakan Hanif Kathri.

Dimanakah stand kita apabila melihat situasi ini?

BENAR - Sebahagian dari kita marah kerana tak bersetuju dengan tindakan Pakatan Harapan bekerjasama dengan Tun Mahathir kerana itulah ikon yang kita lawan bertahun-tahun lamanya. Kita cakap tentang rasuah, tentang kroni, tentang penswastaan, tentang bailout, tentang tol tetapi itulah yang diangkat kembali.

BENAR - Sebahagian dari kita bengang bila menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi #PRU14. Sebahagiannya tak percaya dan bimbang peristiwa lama berulang lag8. Semasa 22 tahun dia mentadbir kita desak dia berhenti, tetapi semasa kita menang, itulah yang kita angkat semula.

BENAR - Sebahagian dari kita kecewa melihat negara ini ditadbir selepas Pakatan Harapan memenangi pilihanraya baik dari segi pengurusan, dan ekonomi, ditambah pula dengan konflik dalaman parti, kita berasa sakit hati.

Tetapi jangan jadikan kesemua peristiwa-peristiwa itu sebagai ALASAN untuk masuk ke dalam perangkap pihak ketiga yang mahu melaga-lagakan Tun Mahathir dan Anwar.

Jika hubungan Tun Mahathir dan Anwar retak, yang paling rugi adalah Tun Mahathir dan Anwar sendiri.

Tun Mahathir akan pergi meninggalkan dunia ini dengan legasi buruk yang akan diperkatakan zaman berzaman oleh generasi akan datang.

Dan Anwar pula, akan bergelut dengan krisis keyakinan dan kuasa politik.

1998 dia kena, dan selepas 20 tahun, dia masih kena, dengan orang yang sama. Sudah tentu ini akan meranapkan emosi dan harapannya.

Kerana itu, janganlah kita termasuk ke dalam perangkap pihak yang memang mahu merosakkan hubungan Tun Mahathir dan Anwar.

Kita perlu bertenang. Tiada sesiapa meniupkan semboyan perang. Tidak sesama rakan. Kita boleh merasa syak. Kerana kita manusia, jadi kita punya banyak sangkaan berdasarkan apa yang kita lihat dan baca.

Tetapi cukup setakat itu.

Sehingga Tun Mahathir benar-benar mengatakan, ya, saya tidak akan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas saya, saya mahu lantik orang lain, saya taknak ikut apa yang kita sepakati semasa Majlis Presiden bermesyuarat sebelum kemenangan Pakatan Harapan dulu, maka, jangan buka langkah peperangan. Lihat dan perhatikan suasana sudah cukup.

Untuk kes Anwar, undang-undang itu ada. Polis akan melakukan kerjanya. Bagi mereka ruang untuk menyiasat. Apa yang kita percaya tak penting, yang penting ialah apa tindakan polis seterusnya, itu kita kena sama-sama tunggu dan saksikan. - 10 Disember 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...