Di Facebooknya, Timbalan Perdana Menteri itu kelihatan ceria apabila berkongsikan satu gambar ketika berkempen di PRK Cameron Highlands.
"Apa khabar rakyat Cameron Highlands? Saya turun menggunakan kenderaan sendiri 😉
Oh belakang itu gambar calon BN, kami tak potong gambar muka calon macam kerajaan dulu dulu," katanya dalam kenyataan itu.
Turun menggunakan kenderaan sendiri membayangkan TPM ke Cameron Highlands untuk tujuan berkempen dan bukannya atas lawatan kerja rasmi yang membabitkan kementerian dan kerajaan.
Senang kata, beliau sedang melakukan kerja-kerja politiklah!
Tapi meskipun beliau dilihat tidak menggunakan aset dan jentera kerajaan ketika berkempen, Wan Azizah tetap terkantoi kerana SPR menerusi kenyataan oleh Pengerusinya, Azhar Azizan Harun telah mengingatkan anggota kabinet berkali-kali sebelum ini iaitu, jangan sesekali turun berkempen KETIKA WAKTU BEKERJA.
Kenyataan tersebut diulangi lebih tegas ketika PRK Port Dickson pada tahun lepas.
Hari ini adalah hari rabu dan hari rabu adalah hari bekerja di Putrajaya melainkan cuti am.
"Aktiviti berkempen dalam waktu bekerja merupakan satu penyalahgunaan masa bekerja. Mereka (anggota kabinet) harus peka dengan perbezaan di antara tugas-tugas mereka sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan sebagai anggota ataupun pemimpin parti," katanya dalam kenyataan itu.
Menerusi Facebook Timbalan Perdana Menteri itu, Wan Azizah dibayangkan sedang berkempen di Cameron Highlands pada hari ini.
Selain larangan berkempen hari bekerja anggota kabinet, SPR turut mengingatkan calon ataupun parti tidak menjanjikan apa-apa projek pembangunan kerana itu boleh membawa kepada pembatalan sekiranya calon tersebut memenangi pilihanraya dan petisyen difailkan kemudiannya bagi mencabar kemenangan tersebut.
Terdahulu Lim Guan Eng pernah dilaporkan menjanjikan pembangunan di PRK Cameron Highlands meskipun beliau menafikan perkara itu ketika ditegur BERSIH. - 23 Januari 2019.