Maka saya nak mengingatkan TS Rais untuk merujuk Kod Etika Hakim 2009 yang mana menyebut:
Perkara 8 (1)(a) : Seorang hakim hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti luar kehakimannya TIDAK MENIMBULKAN KERAGUAN yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai sorang hakim.
Dan
Perkara 8(2) : Seseorang hakim hendaklah MENGELAKKAN HUBUNGAN RAPAT DENGAN ANGGOTA PROFESION PERUNDANGAN secara individu, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan sedemikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah.
Oleh itu, memandangkan video tersebut menunjukkan 'hubungan rapat' Ketua Hakim Negara dengan peguam peguam yang masih mempunyai kes perundangan dalam mahkamah di bawah pentadbiran beliau, maka adalah munasabah jika rakyat merasa syak terhadap integriti dan keadilan institusi kehakiman selepas ini.
TS Rais, ini bukan isu tarian lucah atau tidak. Kalau dia nak menari dengan bini dia dalam bilik, kami pun tak nak ambil kisah! - 21 Januari 2019.