Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 Januari 2019

Pemimpin PKR Disaman RM5j Selepas Dakwa EXCO PKR Lantik Kakak Sendiri Sebagai Pengarah Zoo Melaka.

LAPORAN | Jangan tak percaya itulah yang benar-benar terjadi di Melaka.

Ini gara-gara pendedahan yang dibuat oleh Naib Ketua PKR Cabang Kota Melaka, Mohd Ashiq Abd Samad di Facebooknya yang mendakwa seorang EXCO Melaka telah melantik kakak kandungnya sebagai Pengarah di Zoo Melaka secara tidak langsung.



"Assalamualaikum dan selamat pagi...


1 laporan polis telah di buat ke atas saya oleh seorang exco PKR dari Melaka, kemungkinan berdasarkan kenyataan saya berkaitan perlantikan Pengarah Zoo Melaka. Exco berkenaan memegang portfolio Pelancongan. Zoo Melaka adalah produk pelancongan negeri Melaka di bawah kerajaan negeri Melaka dan diletak kuasakan bawah MPHTJ.


MPHTJ kedudukan politiknya pula diamanahkan kepada PKR Melaka. Apa yang saya difahamkan Pengarah Zoo Melaka adalah kakak kepada exco berkenaan. Sekiranya amalan nepotisme diambil kira, ianya amalan yang tidak sihat kepada PKR Melaka dan kerajaan PH Melaka amnya. Walaupun perlantikan itu tidak direct kepada exco berkenaan.

Kita yang lama berpolitik amat faham dengan situasi perlantikan itu. Kita pun sedia maklum amalan-amalan tidak sihat seperti inilah antara 1 faktor yang membuatkan rakyat menolak umno/BN pada pru14. 

Kita melawan dan mengkritik umno/BN sekian lama dengan amalan-amalan nepotisme. Adakah apabila kita diberikan AMANAH oleh rakyat untuk menerajui kerajaan. Kita pula meneruskan amalan-amalan tinggalan umno/BN. Demi menjaga keutuhan kerajaan PH dan parti PKR khususnya.

Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya nyatakan. Dan saya bersedia berhadapan dengan exco berkenaan di mahkamah sekalipun.


Saya bertanggungjawab kepada parti saya dan dengan roh-roh perjuangan yang diserapkan oleh yang berhormat President DSAI supaya kita melawan sebarang salahlaku dan amalan-amalan yang tidak sihat berlaku dalam kerajaan mahupun dalam parti keadilan rakyat.

Untuk diamkan ataupun ugut saya dengan laporan polis. Sama sekalipun saya tidak gentar.

LAWAN TETAP LAWAN.
 

Sekian," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Pada Jumaat lepas, Sinar Harian melaporkan, Datuk Muhammad Jailani yang juga EXCO Kebudayaan Dan Pelancongan Melaka telah menfailkan saman ke atas pemimpin PKR Melaka dengan tuntutan sebanyak RM5 juta.



"Di posting Facebooknya, Ashiq membayangkan saya berperanan dalam perlantikan kakak saya Zanariah Khamis sebagai 'CEO' di Zoo Melaka.


Saya tiada kaitan dengan perlantikan Zanariah. Bahkan jawatan CEO pun tiada dalam zoo kerana ia bukan ditadbir oleh pihak swasta tapi oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)," katanya dipetik sebagai berkata.  

Jailani turut memberitahu beliau tiada kuasa dengan mana-mana Majlis Perbandaran kerana hal itu dipegang oleh Tey Kok Kiew yang juga EXCO Perumahan dan Majlis Melaka.

Katanya lagi, kakaknya telah berada dalam perkhidmatan awam lebih dari 24 tahun termasuklah 10 tahun di MPHTJ dan perlantikannya sebagai pengarah adalah dibawah keputusan Majlis.

Jalaini turut berkata jika terdapat bukti salahlaku sepatutnya failkan laporan kepada SPRM daripada menyebarkan dakwaan tidak berasas terhadapnya. 

Sementara itu, Presiden MPHTJ Mahani Masban, berkata perlantikan Zanariah dibuat kerana beliau adalah individu paling layak memegang jawatan tersebut. 

Tambahnya, Zanariah telah pun dilantik sebagai Pengarah sebelum Jailani menyertai PKR. 

"Jailani tiada kaitan dengan MPHTJ. Apabila zoo diambilalih oleh MPHTJ, kami mengadakan mesyuarat dan memutuskan untuk melantik Zanariah.

Jailani tidak pernah memanggil kami atau datang ke sini. Zanariah adalah pekerja yang rajin dan tidak pernah menyebut nama adiknya kepada kami," katanya lagi. 

Tuntutan saman 5 juta itu mencetuskan kontroversi memandangkan ini adalah kali pertama EXCO dan pemimpin dari parti yang sama bergaduh sehingga membawa ke peringkat mahkamah. - 20 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...