Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 Januari 2019

Isteri Sultan Muhammad V, Oksana Voevodina Dilaporkan Hamil Anak Sulung.

LAPORAN | Dailymail melaporkan kehamilan sulung Oksana Voevodina dengan memetik sumber dari surat khabar Moscow.



 
Portal itu melaporkan isteri kepada Sultan Muhammad V itu dikhabarkan hamil selepas bekas Agong itu meletakkan jawatannya dua hari lepas.

"Berita gembira. Oksana Voevodina kini disahkan hamil selepas Sultan Muhammad V dilaporkan meletakkan jawatannya dua hari lepas secara tiba-tiba.

Tiada sebarang alasan diberikan kenapa bekas Agong itu meletakkan jawatannya dan memendekkan tempoh penggalnya dari lima ke dua tahun",
kata laporan itu.

Oksana yang berusia 25 tahun dilaporkan berkahwin dengan Sultan Muhammad V yang berusia 49 tahun ketika itu dalam satu majlis persandingan yang gilang gemilang pada November lepas.

Portal itu turut melaporkan, "pasangan itu menantikan kehadiran anak sulung mereka dengan sepenuh perhatian. Perkahwinan Sultan dengan bekas ratu cantik Rusia telah mendatangkan pelbagai persoalan dan itu mungkin menjadi punca kenapa Sultan Muhammad V meletakkan jawatannya sebagai Agong.

Mereka mempertikaikan apakah perkahwinan dengan ratu cantik Rusia akan memberikan kesan dan impak ke atas institusi monarki,"
tulis portal itu.

Portal itu turut melaporkan kenyataan bapa Oksana, Andrey Gorbatenko, seorang doktor pakar tulang yang juga bapa mertua kepada Sultan Muhammad V.

Ketika diminta mengulas mengenai perletakkan jawatan oleh menantunya, Andrey berkata, "mereka (pasangan itu) mempunyai kehidupan sendiri dan saya juga mempunyai kehidupan sendiri.

Tapi saya boleh katakan sesuatu sebagai seorang doktor.

Pertama kali bertemu dengannya (baginda) saya merasa lega di sudut hati.

Dengan cepatnya saya berasa Oksana pasti akan bahagia dengan dia (Sultan Muhammad V), itulah deria saya sebagai ayah memberitahu.

Dan apabila anak saya memeluk Islam, saya fikir saya perlu meneliti agama itu. Saya pergi ke kawan-kawan muslim saya. Saya ingin nyatakan disini, Islam itu agama yang menakjubkan.

Dan Oksana telah melakukan hal yang betul, seorang isteri perlu mengikuti suaminya.

Saya juga melihat Sultan Muhammad V tidak mempunyai ciri-ciri yang selalu digambarkan ke atas seorang raja (angkuh, riak, sombong, bermewahan, boros).

Dia adalah manusia yang menarik, kami bercakap inggeris di antara satu sama lain. Saya dapat merasakan dia ialah manusia yang bijak, sopan dan berpendidikan. Jadi saya benar-benar gembira untuk Oksana,"
lapor portal itu lagi.

Jika berita kehamilan itu benar, maka Oksana dan Sultan Muhammad V dijangka akan menerima kehadiran anak sulung mereka pada akhir tahun ini. - 8 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...