Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 November 2018

MP PKR Persoalkan Kenapa Potong Subsidi Pesawah, Dan Ini Respon Salahuddin.

FREE MALAYSIA TODAY | Abdul (PH-Sungai Petani) terkejut kerajaan memotong subsidi baja untuk pesawah sehingga 50% dalam Belanjawan 2019, mengatakan pengurangan itu bakal memberi “tekanan amat ketara” kepada golongan itu.

Menurut beliau, peruntukan itu dalam belanjawan kali ini nampaknya lebih rendah berbanding belanjawan kerajaan dulu.


“Sudahlah mereka tertekan dengan kehidupan sekarang tetapi memotong subsidi baja padi sawah dan padi huma akan beri tekanan yang amat teruk,” katanya semasa perbahasan Rang Undang-undang perbekalan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyeru kerajaan supaya mengkaji semula pengurangan tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada produktiviti pesawah.

“Kita semua tahu pesawah amat bergantung dengan subsidi kerajaan. Saya amat terkejut apabila tidak ada subsidi langsung yang diberikan kepada mereka.”

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan RM4.4 bilion untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan RM3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.36 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Dalam Belanjawan 2018, kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion dengan RM2.3 bilion untuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran, dan RM150 juta lagi untuk bantuan RM200 sebulan kepada pesawah bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Sebelum itu, Johari mengucapkan terima kasih kepada Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang secara berseloroh mengajuk gaya dan ucapannya seperti seorang menteri besar.

“Terima kasih, semoga kata-katamu akan menjadi suatu doa,” katanya disambut sorakan wakil-wakil rakyat yang lain.

Johari sebelum ini berkata dia tidak berniat untuk menggantikan tempat Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.

-----------------------------

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub akan mengumumkan tindakan proaktif minggu depan bagi menangani pemotongan subsidi baja sehingga 50% bagi pesawah menerusi Bajet 2019.

Katanya, beliau tidak panik dan menerima kritikan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) berhubung isu pemotongan subsidi baja itu.

“Saya rasa dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan. Dia beri pandangan dan kritikan, sesuatu yang sangat kita alu-alukan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Namun begitu, saya menerima segala pandangan itu dan di pihak kementerian, kita sedang buat beberapa tindakan yang akan kita kemukakan dalam penggulungan (Dewan Rakyat) minggu depan berkaitan isu itu,” katanya kepada FMT.

Semalam, dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat, Johari terkejut kerajaan memotong subsidi baja sehingga 50% dalam Bajet 2019 yang didakwa akan memberi “tekanan amat ketara” kepada pesawah.

Dalam Bajet 2019, kerajaan mengumumkan RM4.4 bilion untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan RM3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.36 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Dalam Bajet 2018, kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion, dengan RM2.3 bilion untuk bantuan dan insentif seperti baja serta input pengeluaran, dan RM150 juta untuk bantuan RM200 sebulan kepada pesawah bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Hari ini, Salahuddin berkata, kementeriannya menerima peruntukan sedikit untuk tahun depan kerana kerajaan perlu berjimat cermat susulan masalah kewangan yang dihadapi negara ketika ini.

Katanya, perkara itu biasa dan kementeriannya akan membuat beberapa pelarasan bersesuaian.

“Bukan Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani) sahaja, tetapi ada juga kementerian lain kurang terima peruntukan berbanding belanjawan sebelum ini.” - 13 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...