"Nota Sg Kandis 11- ironi.
Semalam di Parlimen, ada beberapa MP parti tu bangkitkan isu penutupan aurat ketika YB Menteri Pengangkutan dan YB Menteri Sumber Manusia sedang menggulung. Saya ada di dewan masa itu.
Pengalaman saya di dalam dewan dan melihat setengah MP Islam berbahas, saya lihat bila isu seperti itu timbul, relatifnya para YB parti tu agak aktif dan segar untuk berbahas dibandingkan isu-isu lain seperti isu rasuah , isu salah guna kuasa, isu pembaziran dan isu-isu lain yang jejaskan kehidupan rakyat .
Saya tak kata ianya salah. Tapi , suka tak suka, bila kita berpolitik seperti itu , kita akan mudah dipersepsikan apa yang dipanggil dengan istilah "reductionist."
Jujurnya, akan wujudnya satu ironi. Kita seolah-olah cuba lantang membela Islam , tapi dalam masa yang sama Islam pula akan dilihat lekeh oleh setengah pihak. Kerana apa? Kerana kita akan dilihat cuba "reduce Islam to" berhukum semata mata.
Pendapat saya lah. No problem nak marah, I might be wrong!," tulisnya dalam satu kenyataan.
Pendapat Hanipa Maidin itu bagaimanapun dibidas oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah yang menganggapnya sebagai satu bentuk fitnah terhadap Ahli Parlimen PAS.
"Kami MP Pas difitnah hanya aktif membahaskan isu aurat berbanding isu rasuah!.
Dari pagi hingga malam kami bahas pelbagai isu samada isu ekonomi,isu salah gunakuasa, isu rasuah,isu pendidikan, isu sosial, isu pembangunan luar bandar, isu kesihatan, isu kanak kanak, isu kekeluargaan, isu keselamatan, isu kos hidup rakyat GST /SST, isu 1MDB dan banyak lagi...
Tergamak seorang Timbalan Menteri muslim menyindir seolah olah kami aktif isu aurat
Isu ini adalah untuk menuntut hak pekerja muslimah diberi hak berpakaian menutup aurat sebagaimana
dijamin secara dalam perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 dan perkara 11...perlembagaan Malaysia," katanya dalam kenyataan balas itu.
Semakan mendapati Ahli Parlimen PAS turut menyertai perbahasan dalam isu royalti, hutang kerajaan dan SST, tidak terhad kepada isu aurat semata-mata. - 3 Ogos 2018.