Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 1 Ogos 2018

Anak Prof Khoo Kay Kim Mahu Saman Media Putarbelit Kenyataan Bapa.

Anak kepada Prof Khoo Kay Kim, Eddin Khoo menyelar tindakan pihak media yang didakwanya telah memanipulasikan pandangan bapanya mengenai isu subjek sejarah dan UEC dengan meletakkan tajuk yang berbeza dari konteks artikel.

Eddin Khoo menulis mengenainya di akaun Facebooknya pada malam tadi.


Menurut Eddin Khoo, kenyataan bapanya telah diputarbelit untuk membawa budaya perkauman politik sempit - melayu, cina, india.

Oleh : Eddin Khoo

Tolong guna otak sikit : tak’kan seorang Emeritus Professor yang telah hampir setengah abad menerokai pendekatan sejarah pasca penjajahan yang baru (bukan tanggapan saya, anak sulung Prof. tapi pendapat sarjana-sarjana ulung di merata dunia) akan terperangkap dalam fikiran “Melayu-Cina-India” yang kolot seperti ini. 


Sila baca tajuk utama yang disiarkan : kemudian sila baca komentar Prof. mengenai isu yang ditanya - isu mata pelajaran sejarah dan UEC.


Ada kena-mengena dengan tajuk utama?
Ini adalah kerja kerat dan tampal...


Pendirian Prof mengenai UEC dan SJK sudah lama diketahui orang ramai. Setiap kali penjelasannya - setuju tak setuju- berasaskan pandangan ilmiah dan selalu berakal.


“HAK MELAYU JANGAN KACAU : MALAYSIA ADALAH TANAH MELAYU BUKAN CINA ATAU INDIA.” 


Ini bukan kata-kata seorang Emeritus Professor: ini adalah kata2 barua yg bebal sejarah - jangan sekali pun kaitkan pendapat sebegini dengan seorang sejarahwan yang juga merupakan salah seorang penggubal Rukunnegara, dan yang dikenali sebagai Sejarahwan Negara (National Historian) di khayalak ramai. 


Jadi, ini salah siapa? Salah Prof. sendiri. Ini bukannya kali pertama kejadian bodoh seperti ini telah berlaku.
Bila nak tampal sahaja muka Cina nak tegur bukan Melayu panggil sahaja KKK, dia memang peramah, akan layan sesiapapun. Letak sajalah penjelasannya yang panjang-panjang tentang betapa rumitnya sejarah Malaysia, asalkan tajuk utama itu kena pada sasarannya.


Ya, saya telah menegur ayah saya mengenai artikel tersebut...menegur dengan keras. “Apabila ada orang yang mau ambil tau tentang sejarah Malaysia saya harus menjelaskan,” jawapannya. 


Ya, tapi betul mau ambil tahu atau mau mendahulukan agenda tersendiri - agenda politik murahan. Kalau kita tau orang itu perogol dan pencabul kita akan jemput dia masuk rumah kita?

Mungkin budaya kewartawanan masa kini memang begitu- budaya memperalatkan orang berusia 80-an : meludah ke atas muka mereka. 


Sekarang ingin saya anak sulung Prof nyatakan, bahawa talipon peribadi Prof telah saya rampas. 


Manapun penerbitan yang cuba mencabul maruah Prof dengan kata-kata yang diputarbelit, dengan pembohongan yang tak kenal malunya, kami akan balas segera dengan surat saman. 

Dan langkah itu bermula dengan penerbitan murahan ini. Nak cakap negara bangsa, mulalah dengan maruah kamu sendiri. - 1 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...